BERBUKA PUASA DI TGI FRIDAYS ALAMANDA LAGI

image

Asal puasa je, mesti berbuka di TGI Fridays Alamanda Putrajaya. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan gaya hidup mewah Salina Bachok. Matilah lepas ini kene hangguk dengan Salina hahaha.

Emm, so far setiap hari Isnin aku akan berpuasa sunat. Insyaallah akan diteruskan sampai bila-bila. Reason? Untuk maintain kesihatan dan berat badan ( selain untuk ibadat – yang pastinya).

image

Pergi berbuka puasa dengan Salina Bachok, then ajak kawan pergi teman makan sekali. Kami semua suka makan Tenessee New York Strip & Shrimp. So, awal-awal lagi memang telah suruh Salina untuk order menu ini. Baki yang 2 itu kami order Tennessee Burger + Ultimate Burger dan juga Chicken Sizling and Cheese.

image

Aku saja je pilih menu burger. Nak try sedap atau tidak. Emmm, personally rasanya tak jauh berbeza dengan burger di tempat lain. Bezanya ialah, kat sini diorang ada Sos Tennessee yang yummy yummy sedapnya itu ahaks.

image

Chicken Sizling and Cheese pula memang sudah rasa sebelum ini. Tine itu nenabg sedap je rasanya. Tapi sedih cz for the 2nd time kami order menu ini, rasanya tidak sesedap macam sebelum ini. Cheese-nya hangus. Pengsan.

Apapun, bau cheese yang di sizling memang semerbak. Sampaikan orang meja sebelah bertanya menu apa ini + diorang pun terus order benda yang sama ahaks. Untunglah.

BUKA PUASA DI NAKHODA MEE UDANG & TOMYAM SEEFOOD

image

Puasa sunat bulan Syaaban hari ini 🙂 bersekali dengan puasa sunat hari khamis. Syukurlah. Asalnya nak buka puasa di Wong Solo Bandar Baru Bangi. Tetiba tukar plan makan kat Nakhoda Mee Udang & Tomyam Seefod. Terletak di tepi jalan berhampiran dengan kilang Sate Kajang Haji Samuri – Bangi.
Continue reading BUKA PUASA DI NAKHODA MEE UDANG & TOMYAM SEEFOOD

BUKA PUASA TERSEDAP

Hari yang amat memenatkan dan menghiburkan. Letih letih. . . . . Pengsan banyak kali. Balik keje je terus drive thru McD untuk berbuka puasa. Tapi tak tahu kenapa. . .sejak kebelakangan ini aku memang tak masuk dengan makanan segera + minuman segera. Pengsan lagi. Macam tak masuk dah la nie. Dah tua kot hahaha

Lapar kot tapi xda selera nak makan. . .haaaa camne tu. Membazir je beli burger McD.

So, what to do? Masak sendiri r. Apa lagi.

image
nasi sedap

Aku masak beras sumo aka beras sushi. Semalam dah masak, malam ini aku masak lagi beras ini. Sedap woooo. Simple but delicious nyum nyum. Nasi sushi + sambal kicap + telur dadar + bilis, bawang besar dan bawang putih goreng + bebola ikan. Oiiiiiiitttt memang sedap.

Syukurlah nak. . Kenyang jugak!!!