MEMILIH BUKU

Tak sabar rasanya nak merendek di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC esok. Harapnya tahun ini akan dapat lebih ong dan memperoleh buku buku yang berkualiti dan baik. Ceeehhh… Walhal duit tinggal ciput je. Hahaha

Aku sebenarnya agak kecewa dengan mutu buku yang aku baca nie. Sekali imbas buku ini nampak menarik. Yelah kan, tajuknya pun nampak dasyat dan kulit bukunya pun menarik. Tapi selepas aku baca dan belek belek, rasa kecewa. Cara penyampaiannya memeningkan kepala aku. Ayat yang digunakan sukar difahami. Memang tak puas membaca + mengantuk.

Aiiii first time aku dapat buku yang macam ini. Belek belek, publisher nya pun tak famous lah pulak. Mungkin selepas ini aku perlu lihat dan lebih berhati hati dengan apa jua buku yang mahu dibeli. Apapun, so far aku amat berpuas hati dengan kuliti buku terbitan PTS dan Telaga Biru.

PELABURAN ILMU

Agak beberapa hari juga aku tidak update blog aku ini. sesuai lah kot dengan fungsinya sebagai blog peribadi dan hobi masa lapang bukan? Hihi.. Lagipun aku agak sibuk dengan urusan rasmi dan tidak rasmi. Banyak perkara yang perlu difikir dan diselesaikan. Tak lekang juga dengan 1001 jenis perkara dan masalah. Walaubagaimanapun, syukur akhirnya aku dapat mengatasi kesemua perkara ini dengan hati yang aman dan tenteram. Alhamdulillah

Continue reading PELABURAN ILMU