BELI BUKU BUDDHA

image

Terlebih rajin pula aku di MPK Bangkok ini. Dok menyinggah di kedai buku. Majoriti buku disini adalah dalam bahasa Thailand. Oh, alangkah indahnya kalau Malaysia macam ini.

image

Aku beli pun sekadar sesaja je. Agak tertarik dengan tajuk buku dan isi kandungnya. Nak juga tahu apa asal usul agama diorang ini dan siapa itu Buddha.

image

Tak menyempat lagi nak baca. Nanti Insyaallah dalam kapal terbang nak balik aku baca.

Harga buku ini pun tak lah mahal sangat. THB345 sahaja.