Ini adalah sampah terkumpul yang aku vakum setiap petang di setiap hari. Pengsan. Begitu tabah aku menghadapi hari hari mengvakum bulu bulu kucing yang dok bertebaran dalam rumah.
Continue reading SAMPAH TERKUMPUL SETIAP HARI
Tag: bulu
ANAK KUCING – HARI KEDUA
Syukurlah..nampak sihat walafiat je. Dok tengok tengok gak budak budak tu. OK ke idak. Mak dia OK je idak?
See…dah nampak anak anak kucing tu. Warnanya pun makin jelas. Aku ingat satu persatu ciri ciri anak kucing ini dari sulong ke bongsu OK.
Lahir selang seli. Ikut baka dia dan baka bapak dia (budak). Boleh refer blog post aku yang lalu : BUDAK
OREN + PUTIH KELABU + OREN + PUTIH KELABU. Yang sulong warnanya paling pekat….yang bongsu warnanya makin putih 🙂 Ini penglihatan awal aku. Tak tahulah macam mana kejadiannya time dah besar. ON je
BULU BULU KUCING
Satu masalah besar yang aku sedang hadapi daripada cici ini ialah masalah bulu dia yang banyak gugur.
Masyaallah, memang banyak betul bulunya yang gugur. Pantang kene peluk atau pegang cikit,pasti akan ada sahaja bulunya yang melekat di tanggan / baju / gugur / jatuh ke lantai.
Apa mau buat?
Hari tu ada jugak refer kepada doktor time di Hospital Veterinar Universiti UPM. Tapi doktor tu kata menda ini normal cz bulu cici memang banyak dan tebal. Ala2 karpet katanya.. Pengsan. Betul ke ? Takkan xda solution? Aku ingatkan bulu cici nie gugur dek kerana cuaca panas / sakit..tapi xsangka pulak, macam tu jawapannya. Alamak…
Solution yang disarankan ialah perlu selalu sikat bulu2 cici tu 🙂 hihi Alasannya, bulu2 tu tak gugur secara setempat. Jadi itu normal..pengsan
Persian Semi Flat Face tu memang camtu ke?
Apa lagi r yang tak betul jaga cici nie. Kene kaji lagi nie. Nie nak try bagi suppliment untuk kurangkan bulu gugur + belu sikat yang bersesuaian. Harapnya adalah sedikit perubahan.
Bukan apa, tak tahan OK dengan bulu2 yang banyak berterbangan + bertebaran di atas lantai. Bulu2 tu dah r warna putih, tak tahu lah dah berapa banyak bulu yang aku dah tertelan + termasuk hidung. Kadang2 time sujud pun macam ada menda alah je yang masuk hidung. Haaaa kan dah xkusyuk namanya tu. Even tiap minggu dok vakum, tetap sama je. Aiyooo….
Sampaikan mak aku bising dah time dia datang aritu. Let’s study
Posted from WordPress for BlackBerry.
MASALAH BULU KUCING GUGUR
Sedia maklum, aku sedang menghadapi ‘lambakan’ bulu bulu kucing yang bertaburan dirumah. Aku cuba untuk mencari punca kenapa kucing aku asyik gugur sahaja bulunya. Based on pembacaan aku, ada beberapa punca mengapa bulu kucing gugur.
1. Bulu kucing akan gugur samaada sekali atau dua kali setahun
2. Masalah kekurangan nutrisi
3. Terlebih Vitamin
4. Suhu kandang / tempat tinggal
5. Pemilihan syampoo yang tidak sesuai.
6. Kutu / tungau / kulat pada badan
7. Alahan pada ubat / antibodi.
Aku rasa ada logiknya juga list punca masalah diatas. Cz sebelum ini kucing aku memang tak gugur bulu sangat. Aiii, nie mesti cz cuaca panas + kutu/tungau/kulat banyak sangat kat rumah. Maybe lepas nie aku perlu bersihkan rumah at least seminggu sekali dengan Clorox rasanya. Kotor sangat + banyak hama kot. Nak nak rumah menghadap jalan + ada construction disebelah rumah. Habuk pun banyak loorrrrr
Pasal keadaan cuaca plak satu hal. Rumah aku memang menghadap matahari. Memang panas. Rasa macam nak beli portable air-cond je. Boleh r cici tu sejuk sikit.
Kucing tak bersalah pun kalau bulunya gugur.
BAIK BURUK MEMBELA KUCING
Aiyoo..pengsan aku. Family aku membebel dek kerana rumah banyak habuk dan bulu kucing. Nak buat macam mana, duduk di rumah yang bersebelahan dengan tapak pembinaan kondo. Plus, aku pun ada membela kucing. Sesak juga nafas dibuatnya dengan semua ini
Banyak dengar cerita pasal bulu kucing nie penyebab sakit asma ++. Aku sendiri pun lama2 tak selesa juga dengan ‘lambakan’ bulu2 cici di rumah. Dimana mana sahaja pasti akan ada bulunya. Aiyyyyyaa bagaimana cara untuk mengatasi masalah bulu2 kucing nie?
Dari segi pemakanan mungkin aku perlu titik beratkan juga kot. Asyik gugur sokmo..lama2 dari sayang terus jadi rimas. And if ada alat yang boleh serap habuk + bulu2 nie pun lagi bagus. Senang…
Macam mana ek?