Semalam, aku agak kurang makan. Hanya sekadar makan nasi lemak sejemput sebagai menu sarapan pagi dan makan mee kolok pada belah belah tengaharinya. Terasa kenyang sepanjang hari sempailah ke malam.
Pagi tadi, aku sekadar makan sekeping roti canai telur sahaja. Then, terus ke program agensi untuk assist bos disana.
Habis je program, rasa macam lapar. Batin berkata, apa kata cuba menu baru McDonald, Burger Nasi Lemak dan Banana McFlurry. Tengok gambar macam sedap je huhu.
So, aku pun pergilah ke McD berhampiran. Apa macam? Sedap ke Burger Nasi Lemak McD? Biasa-biasa je. Susah nak makan sebab besar sangat daging ayamnya. Agak berminyak sedikit…pengsan.
Arif kata sedap. Mungkin juga, sebab nafsu makan dia besar. Aku pula, bab makan-makan ni agak old school sedikit. Okay, terasa nyesal tak order ayam goreng McD Spicy.
Macam mana pula dengan Banana McFlurry? Aiyooo, nyesal juga. Citarasa aku tetap kepada Sundae Chocolate. Rasa bersalah sangat sebab betrayed pada Sundae.
Aku ingatkan banana + chocolate. Sebab pada gambar nampak sedap semacam. Ya, memang chocolate. Tapi versi keras. Tak sama macam chocolate yang yan pada sundae chocolate. Aku suka chocolate cair. Kemudian, rasa banananya terlalu manis bagi aku.
Tekak orang lain-lain. Mungkin bagi orang lain kata Okay. Tapi tidak bagi aku.