MASALAH BULU KUCING GUGUR

Sedia maklum, aku sedang menghadapi ‘lambakan’ bulu bulu kucing yang bertaburan dirumah. Aku cuba untuk mencari punca kenapa kucing aku asyik gugur sahaja bulunya. Based on pembacaan aku, ada beberapa punca mengapa bulu kucing gugur.

1. Bulu kucing akan gugur samaada sekali atau dua kali setahun

2. Masalah kekurangan nutrisi

3. Terlebih Vitamin

4. Suhu kandang / tempat tinggal

5. Pemilihan syampoo yang tidak sesuai.

6. Kutu / tungau / kulat pada badan

7. Alahan pada ubat / antibodi.

Aku rasa ada logiknya juga list punca masalah diatas. Cz sebelum ini kucing aku memang tak gugur bulu sangat. Aiii, nie mesti cz cuaca panas + kutu/tungau/kulat banyak sangat kat rumah. Maybe lepas nie aku perlu bersihkan rumah at least seminggu sekali dengan Clorox rasanya. Kotor sangat + banyak hama kot. Nak nak rumah menghadap jalan + ada construction disebelah rumah. Habuk pun banyak loorrrrr

Pasal keadaan cuaca plak satu hal. Rumah aku memang menghadap matahari. Memang panas. Rasa macam nak beli portable air-cond je. Boleh r cici tu sejuk sikit.

Kucing tak bersalah pun kalau bulunya gugur.