Barang Keperluan Ke Luar Negara

  • Bag – Bawa barangan yang sekadar adanya sahaja sebab kita pasti akan beli barangan mahupun pakaian semasa percutian. Bawa yang betul-betul perlu sahaja / beberapa helai sudah memadai. Elak bawa barangan yang tidak perlu bagi mengelakkan bag anda terlebih muatan / beranak tatkala mahu pulang. Pastikan beg itu di wrap / dikunci dengan baik.
  • Travel adapter, charger, extension, Power Bank dan bateri – Penting untuk urusan media sosial, perhubungan dan gambar kenang-kenangan. Kuantitinya berbeza mengikut keperluan masing-masing. Bawa sekali memory card tambahan jika perlu. checklist barang ke luar negara
  • Ubat-ubatan – Biasanya bawa je panadol atau Zyrtec D untuk selesema, alergik etc. Kalau nak bawa suppliment pun OK juga jika mahukan sumber tenaga tambahan. Bawa sekali krim / lip balm utk elak kulit kering dan merekah. Selain itu, perlu juga ada plaster dan muscle pain sebab nak jalan sana sini kan. Barang Keperluan Ke Luar Negara
  • Kasut dan Pakaian – bawa jenis kasut dan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti sepanjang percutian. Bawa beberapa helai je pakaian yang perlu sebab sudah semestinya kita akan membeli pakaian di negara percutian kita nanti. Barang Keperluan Ke Luar Negara
  • Kewangan – Tukar duit siap-siap sebelum bertolak. Ada sesetengah negara, tatkala di imegresen mereka nak lihat bukti. Pada masa sama, bawa sekali kad debit atau kad kredit sebagai backup plan. Pastikan anda aktifkan kad sebelum bercuti. Seeloknya, sediakan duit kecemasan jika ke mana-mana. Pastikan jika sedang travel, jangan bawa semua duit yang ada ketika berjalan. Sekarang ini banyak dijual travel beg yang bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Traveller biasanya menggunakan beg macam itu untuk bawa barang penting seperti passport dan duit.
  • Passport dan dokumen perjalanan – Tiket penerbangan, resit hotel etc perli di print dan disimpan dengan baik. Mana tahu, pihak imegresen nak tengok tatkala kita mula-mula nak masuk ke negera mereka. Buat beberapa copy sebagai backup plan. Barang Keperluan Ke Luar Negara
  • Makanan – bawa makanan segera yang mudah disediakan / ready to eat / energy bar / sambal ikan bilis / kicap. Ikut citarasa masing2 lah hihi Barang Keperluan Ke Luar Negara
  • Nombor Kecemasan – Simpan nombor kedutaan atau airline dimana negara anda kunjungi. Takpun simpan sahaja nombor tu di telefon.
  • Lain-lain keperluan – deodorant, minyak wangi, keperluan mandi (jika perlu), sikat, peta dan panduan pelancongan (mobile apps / fizikal), buku nota dan pen etc. checklist barang ke luar negara

Barang Keperluan Ke Luar Negara