Seawal jam 7 pagi, mak kucing si Cici Esmidar Gonzales dah dok mengiow ngiow. Ingatkan nak minta makanan diisi yang baru. Cici nie jenis kucing yang sangat cerewet dalam segala hal. Oh, sama macam tuannya jugak kot. Pengsan.
Continue reading BENGKAK PADA PUTING MAK KUCING MULA PECAH
Tag: cici
CICI DI BILIK AIR
Salah satu tempat lepak kegemaran Cici ialah bilik air. Dia memang suka baring baring kat dalam bilik air. Pantang. . .
Geram plak aku tengok dia dok posing posing ala comel. Kekadang tu, aku delay mandi aku dek kerana dia. Semata mata u ollzz
CINTAKU TERTINGGAL DIRUMAH
Insyaallah esok aku akan pergi ke Lenggong Perak – Jalan jalan tengok Tapak Warisan Dunia di sana. Nak tengok Perak Man dan juga Perak Woman. Sampai sekarang aku hairan. . . Gomen.nie tak.ada nama.lain ke nak bagi? Perlu ke letak nama macam tu? Xda ciri ciri kemelayuan betul. Kalau sempat + line OK + bateri banyak. . . Aku akan buat live blogging. Lepas pergi Lenggong, aku akan pergi Melaka pula. Jumpa Pakcik. . .Insyallah. Semoga selamat sampai. . Semuanya selamat sahaja Kesian Cici. Kene dok rumah sorang2
DIGIGIT SERANGGA
Selalunya, waktu antara maghrib dan isyak aku akan lepak depan TV sambil melayan internet. Sorry, aku tak ON TV pun. Totally aku meragui mutu dan kualiti serta kebenaran berita yang disampaikan. Tu yang aku banyak habiskan masa di internet. Yang penting, walau dimana sahaja aku berada. . .cici akan menemani aku. Dia pun dok lepak sekali la gamaknya.
Suatu ketika tu, cici yang dok relex lepak2 tu. . . .tetiba je dia terlompat. Aku pelik gak. Usha punya usha. . . Rupanya dia melompat terkejut dek kerana ada seekor serangga kecil tu (rujuk gambar). Berlari masuk dalam bilik. . . Pastu dtg balik tapi melompat kat atas kerusi.
Aiiiiiii Cici, takkan binatang kecik camtu pun ko takut kot? Hahahahaha. . Pengsan. Takpe, jaga kandungan ko tu k hihi
BALKONI CICI
Cici macam suka lepak kat balkoni. Suka tengok pemandangan kot luar kot. Lagipun udaranya lebih segar kat sini. Pagi2 tu pantang aku keluar pergi ruang tamu / dapur. . .mesti dia pun akan berlari ikut dan tunggu kat depan pintu balkoni. Nak suruh pintu dibuka cepat2 hahahaha.
Kekadang tu aku memang tak akan buka pun. Depend on cuaca. . . . Kalau dia dok mendesak meow meow sangat, aku bagi dia rasa kejap je. Pastu bawak masuk balik – hari bekerja. Tapi kalau time hari aku cuti / ada kat rumah, memang aku bagi 100% kebebasan keluar masuk ke mana sahaja dia suka. Pengsan. . .