CICI

Sempat jugak mandikan cici hari ini. Rasanya dah 2minggu cici tak mandi. Busuk semacam. Bulu2nya pun banyak yang dah rosak + gugur. Risau gak ngn makcik nie. Yelah kan, cuaca pun ngah panas. Tak ada hujan sangat. Habis jenuh nak bela bulu bulunya yang berguguran iteeewww

Posted from WordPress for BlackBerry.

CICI ESMIDAR GONZALES

Jenuh sebenarnya nak fikirkan apa barang permainan untuk kucing aku ini. Kesian cz dia selalu ditinggalkan ‘keseekoran’ di rumah. Kehulu hilir seekor je hihi.

Cici semakin manja. Pantang ada kat rumah, mesti bising ajak main sana sini. Letih jugak nak melayan dia. Hihi

Kadang kadang dia nak aku tolong urutkan + usap2 + grooming bulu dia. Pengsan. Dasar kucing yg bossy sangat haha.

Posted from WordPress for BlackBerry.

KELEBIHAN BELA KUCING

Aku dari dulu / kecil memang suka bela kucing. Aku sendiri tak tahu. Tapi, kucing memang antara binatang peliharaan paling comel dan aku rasa memang digalakkan dalam Islam. Sunnah Nabi kerana Nabi pun bela kucing. Aku pun pelik jugak, kenapa ada sahaja isu dan video orang menyeksa kucing. Nampak sangat orang tu SAKIT JIWA. Dia tak tahu menilai kelebihan membela kucing kot. Meh sini aku ajar.