Agak lama juga aku tak masak sambal tumis yang ditumbuk. Selalunya aku kisar je. Malam ini, rasa terlebih rajin dan teringin nak buat secara manual / tradisional plak. Tu yang gigih menumbuk di malam hari hihi. Rajin cz aku dapat beli cili kampung hahaha.
Super duper sedap yang amat. Rasa pedas cili kampung yang very the berapi. Puas hati menumbuk kaedahnya hihi.
Trust me, cili yang ditumbuk jauh lebih sedap! Anak jawa yang tulen, memang akan makan sambal tumis ahaks
Kekadang, kalau dapat makan nasi berlaukkan ulam ulaman, telur mata, kicap manis dan sambal tumis pun sedap gak. Lagi2 kalau sambal tumis tu super pedas…made from cili kampung. Huhu
Biasalah, kalau tak makan sambal tumis yang pedas…mana syok. Biarlah berlaukkan apa sekalipun, pedas lada tu wajib ada.
Emmm, kalau nak diikutkan sambal jawa nie bukan setakat sambal tumis je. Tapi ada gak sambal tutuk ( susah nak eja camne ). Tak banyak bezanya antara sambal tumis dengan sambal tutuk nie. Yang memebezakannya hanyalah ditumis dan juga dikukus. Kalau sambal tumis, rasanya semua orang boleh buat kot.
Cara nak buat sambal tutuk nie ialah cuma perlu masukkan cili, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih tu kedalam nasi yang hampir masak. Kiranya time nasi tu nak masak, boleh r masukkan bahan2 tu. Biarkan lebih kurangĀ setengah jam camtu.Ikut suka r. Mak aku memang selalu buat camnie. Lepas kukus, baru tumbuk dengan sedikit garam dan…..makan. Nyum nyum
Agak agak malas nak kukus atu tumis, boleh je terus tumbuk.OK je. Rasanya lebih natural kot. Hahahaha. Yang penting kene guna cili kampung cz letak letak cikit je dah pedas. Kalau takat lada import dari Thailand aka lombok cengek tu….memang tak pedas. Tak syok