Huhu.. Aku baru je siap membersihkan rumah – vakum, mengemop dan menyemur. Pengsan. Semua ini adalah gara gara kucing aku, si Cici Esmidar Gonzales – si pembawa hama, tungau dan kutu terbanyak 🙂
Entah kenapa sejak beberapa minggu ini bulu cici banyak gugur. Usha punya usha, rupanya cici nie banyak kutu. Pada masa yang sama, kami satu rumah kene jangkitan ruam / alergik pada kulit. Ingatkan alergik pada makanan, rupanya selepas dibuat kajian semua ini berpunca daripada hama. Cz nak kata makan sembarangan, tak jugak. Kenapa perlu sekarang baru kene alergik ini? Pengsan
Based on nasihat daripada Si Penjaga Kedai Penjagaan Haiwan Peliharaan, kami mengemop lantai dengan menggunakan Clorox. Semburan menggunakan Dettol. Emmm, khabarnya Clorox lebih berkesan untuk membunuh hama / tungau / kutu. Iyer lah kot cz bau Clorox je nak buat aku pening pening lalat dah ini. Yakin Boleh!
So, after this setiap minggu aku kene vakum + mop lantai. Kalau ada masa, kene mandikan cici selalu. Adoiiii,
Aku tension sebenarnya cz kiri kanan rumah ada sahaja construction. Mana tak berhabuk rumah???? Last last memang tak bukak tingkap langsung lah gamaknya.
Nak kene gigih kumpul duit beli Air Cond
Posted from WordPress for BlackBerry.