COWAY PETIT CHP-06D

image

Baru je lepas order Coway Petit CHP-06D  atau dalam bahasa mudahnya water dispenser katanya. Kalau beli, harganya RM3700. Tapi kalau sewa beli, harganya RM120 untuk 5 tahun.

Berbeza dengan Coway Lombok yang dibeli cash tempoh hari, untuk water dispenser ini lebih sesuai untuk disewa beli coz membabitkan service maintenance. Kalau apa apa kerosakan atau masalah, boleh call je.

image

Model ini sesuai untuk orang macam aku. Rumah sebagai hotel huwaaaaaa. Sedih. Insyaallah esok diorang akan call untuk verify dan kalau semuanya berjalan lancar, rabu atau khamis diorang akan pasang.

So lepas ini tak perlu gigih masak air. FYI, kucing kat rumah pun minum air masak OK. Jadi secara overall nya, pengguna air minuman terbanyak kat rumah ialah kucing. Lebih banyak berbanding aku hahahah. Pakcik jarang makan minum kat rumah. Sabar je lah.

SANITATION SERVICE DARIPADA COWAY

image

Pertama kali orang Coway datang buat sanitation service. Diorang buat service 2 bulan sekali. Nasib baik aku balik awal. Sempat mandi dan kemas rumah huhu.

Akak nie pun buat jualan untuk produk Coway. Pengsan hahaha. So far, air purifier je kot yang sesuai dengan situasi kat rumah. No no no no.