PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN KE RUMAH

image

Jangan tak tahu, sekarang ini sudah ada perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah 🙂 Rasanya, setiap blok kejiranan mesti ada yang buat perniagaan ala ala delivery ini. Untunglah untuk orang bujang hensem macam aku ini. Sibuk sangat sampai tak ada masa nak masak #sarkastik.

Blok kejiranan tempat aku ini ada Facebook Group. So, each ahlinya akan share apa apa yang berkaitan dengan penduduk sekitar. Admin-nya plak ambil kesempatan dengan membuat perniagaan perkhidmatan memasak dan menghantar makanan : masakan panas macam tu.

Boleh tahan murah dan sedap jugalah. Sebagai contoh, nasi goreng pataya ini harganya RM4 sahaja. Order by WhatsApp sahaja dan penghantaran akan dibuat bermula jam 8.00malam.

Kira boleh tahan jugak lah kan. Tapi tak boleh diamalkan selalu cz aku lebih gemar makan masakan sendiri. Suka yang pedas!!!