DILEMA MONYET

Semakin hari manusia semakin maju..semakin bertambah bilangannya..semakin banyak tanah yang diterokai. Dilema betul.

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati

Seakan menjadi satu barah plak di kawasan perkampungan tempat aku tinggal ini dengan masalah MONYET. Bunyinya memang lucu tapi nak buat macam mana. . sakit hati wooooooo. Biasalah, duduk dikampung kawasan halaman rumah mesti r ditanam drngam bunga bungaan, buah buahan ( disamping tanaman komoditi) dan juga menternak ayam kampung.

Masalahnya sekarang ini. . . Fenomena kawanan monyet yang dok mengacau dan merosakkan tanaman dan ternakan macam tak berkesudahan. Pantang ada bunga atau pokok yang start berbuah. Habis dirosakkan oleh monyet monyet ini. Pantang ada ayam berteluk..habis dicurinya telur tu. Sakit hati betul

Habis semua ubi kayu,tebu,cempedak,nangka,rambutan etc kat area rumah aku dan jiran jiran sekampung . . . Tak sempat nak merasa, si monyet dah bertandang. Aku rasa macam nak tembak je sekor2.

Cz monyet bukan sebarang monyet, nie monyet yang kejar orang OK. Berani tu. . . .

Rasanya masalah ini macam tak berkesudahan sejak aku di tingkatan 2 lagi. Apalah. . . Ini semua cz monyet monyet nie dah tak ada tempat tinggal cz habitat mereka yang telah diceroboh. Makin hari macam makin banyak pulak bilangannya. Pengsan. . .

Jz wonder, monyet ini termasuk dalam haiwan terancam ke? Agensi kerajaan mana yang menjaga jenis haiwan ini? Macam Jabatan Perhilitan je rasanya. Cz mustahil Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Aku rasa, masalah ini pun berlaku ditempat tempat lain. Ada gak.usha usha dan tanya kawan kawan. Di kampung mereka pun mengalami masalah yang sama. Ermmmm, apa nak jadi la nie. . .

Opppsttt. . . Apapun contest SEO eyriqazz vs denaihati tetap diteruskan hihi.

TIPS MEMILIH BUFFET RAMADHAN

Genap 1 minggu lagi bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang sebelum sebelumnya. Insyaallah.

Lupakan sebentar Eyriqazz vs Denaihati

Aku tidak pasti bagaimana dengan orang lain. Tapi, bagi aku dan orang orang yang aku kenal dan aku tengok. . . Ramadhan di bandar lebih banyak dipenuhi dengan tawaran tawaran buffet ramadhan dari restoran biasa hinggalah ke hotel hotel bertaraf bintang bagai. Ada sahaja promosi, daya tarikan dan keunikan yang ditonjolkan. Kadang kadang naik geram pun ada gak. Cz puasa kan. . geram tengok juadah makanan dan minuman yang pelbagai itu.

Susah sebenarnya nak pilih tawaran promosi buffet ramadhan yang benar benar berbaloi. Pada pandangan aku, antara aspek aspek utama yang perlu di ambil kira ialah :-

1. HARGA
Pastikan berbaloi harga yang dibayar itu dengan keenakan/jenis juadah yang disediakan.

2. KEDUDUKAN / JARAK
Pastikan kedudukan atau jarak restoran / hotel dari tempat kediaman / rumah tidak terlalu jauh. Biasanya waktu petang di bulan ramadhan memang akan sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas yang over khasnya di lembah klang. Kalau ada public transport macam LRT lagi bagus.

3. REVIEW
Rajin rajinlah buat research kat internet atau kenalan berkenaan hotel / restoran yang nak kita pergi tu. Kalau ramai yang kata sedap. . kira OK lah tu. Kene ingat, ada sesetengah tempat tu tahun sebelumnya sedap dan tahun semasa tak sedap pulak. That why kene buat reseach betul betul. Aku pernah kene. . Oh sedih

4. STATUS HALAL
Pastikan tempat makan yang ingin kita tuju tu sudah dapat Sijil Halal daripada JAKIM. Kalau Pak JAKIM dah kata halal tu, memang halal r tu. Kene yakin dan percaya dengan dia 😉

5. KETUA TUKANG MASAK
Aku selalunya akan tengok dan semak dulu siapakah ketua tukang masak di tempat yang ingin aku tuju. At least aku tahu, makanan yang disediakan disini diseliakan oleh saudara seagama dengan aku. Secara langsung dan tidak langsung, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk pastikan makanan yang disediakan disitu terjamin kesucian dan kehalalannya. Insyaallah