TANJUNG JARA BEACH RESORT – PART 2

Hari ke-2 di bumi dungun. Kami bernasib baik kerana aku punya kenalan di sini. Jadi kami dapat tajaan makan nasi dagang dan satar percuma. Nyum Nyum dan yang penting mereka suka dengan nasi dagang itu. Oh, bagi aku biasa sahaja rasanya sebab memang aku biasa dengan makanan ini dahulu. So, memang sedap resipi nasi dagang arwah En Ali. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

TANJUNG JARA BEACH RESORT – PART 1

Aku berpeluang pergi berjalan-jalan ke Dungun dengan pakej penginapan di Tanjung Jara Beach Resort. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar di sepanjang perjalanan aku ke sana. Ini bukan kali pertama aku pergi ke bumi dungun. Semasa belajar di UiTM lagi aku sudah banyak kali ulang alik Shah Alam – Dungun. Jadi, boleh dikatakan tak lah teruja sangat. Aku lebih beranggapan kedatangan aku ini lebih kepada ‘sirih pulang ke gagang’. Masakan tidak, dulu semasa belajar memang pantang ada cuti sahaja memang aku akan datang ke dungun, terengganu. Kenangan Lalu Menusuk Kalbu