MAKAN DURIAN BERSAMA AZLINA

image

Aku menaip entry ini di atas kapal terbang sambil makan salted peanuts. Asalnya ambil sebungkus, lepas abang tu kata ambil banyak banyak pun tak apa…terus aku ambil 6 bungkus. Ayat sarkastik atau jujur ke apa tu? Hihi

Aiii, kene laju buat entry nie cz aku rasa macam blog aku ni tak up to date. Ada je halangan dan tekanan perasaan yang menghalang aku dari mengupdate blog sendiri. Sentap.

image

Tengahari (lewat pagi) tadi plan asalnya nak makan  ayam kampung bersama Azlina Latoya London. Tapi aku agak tak menang tangan nak buat benda dan blur blur camtu. Tu yang aku ajak dia jalan jalan tengok buah. Last2 makan buah durian terus.
Continue reading MAKAN DURIAN BERSAMA AZLINA

ORANG SINGAPURA SUKA MAKAN DURIAN KAMPUNG

image

Durian Kampung – 3 bungkus RM10 :). Terus cepat cepat beli. Sometime, rasa durian kampung lebih sedap berbanding rasa durian yang ‘bervarieti’ bagai nie. Rasanya lebih original dan pure.

Pernah sekali aku dok join sembang dengan geng geng wartawan pertanian. Diorang kata, orang Singapura lebih suka makan durian kampung berbanding jenis jenis durian yang lain. Alasannya still sama juga – original dan pure. Not sure entah betul atau tidak.

Lain orang, lain citarasanya.

MAHA 2012 : DURIAN MUSANG KING VS D24

Bagi aku, daya tarikan utama untuk MAHA 2012 ini ialah lambakan harga murah untuk buah buahan etc . .especially Durian bergred mahal seperti Musang King dan D24 🙂

image

Serious. . .disini, average harga sekilo untuk Musang King ialah RM9 dan D24 ialah RM5. Kalau nak lagi baik lagi adalah dalam RM12 sekilo camtu. Ada juga yang juak secara bundel area RM10 untuk 2 biji atau 3 biji.
Continue reading MAHA 2012 : DURIAN MUSANG KING VS D24

DURIAN MUSANG KING MURAH

image

Seronok bukan kepalang cz dapat beli musang king pada harga diskaun 50% di Carrefour Alamanda Putrajaya. Yelah kot, beli pun lepas maghrib camtu. Mesti lah dapat harga murah.

Tapi lepas balik + makan, aku tak rasa itu adalah durian musang king. Macam dah bercampur dengan durian D24 je. Bukan ke biji untuk durian Musang King tu kecil je saiznya? Dan biji untuk durian D24 pulak lebih besar saiznya. Isi, warna dan rasanya pun berbeza. Aiiiioo. . . . Next time kene hati2

MUSANG KING IS MAO SANG KING

Sepengetahuan aku, durian yang paling mahal harganya ialah durian jenis Musang King.

image

Semalam time jalan2 cari barang kat Carrefour Alamanda ada mamat tu buat offer durian Musang King RM30 untuk 2 bungkus. Walhal harga asal ialah RM20 sebungkus. Oh, myb cz time tu dah agak malam cikit so diorang nak habiskan stock. Aku apa lagi, rembat r 2 bungkus terus. Satu aku habiskan dlm kereta dan satu lagi aku simpan dlm peti sejuk dulu hihi. Makan sejuk2 sedap nyum nyum. . .  .

Not sure sebenarnya berapa harga pasaran untuk durian ini sebenarnya. Sentiasa berubah ubah mengikut demand and supply. Kekadang tu aku keliru gak kat mana lebih murah? Samaada di shopping2 mall atau di gerai2 tepi jalan. Cz pengalaman yang aku dapat berbeza2.

image

Kalau mahu makan durian yang fresh dari ladang. . .  pergi r kat mana mana gerai yang menjual durian selewat lewatnya pada waktu tengahari. Logiknya, bukan ke durian jatuh pada waktu malam? Means, pada waktu pagi tu diorang akan kumpulkan durian2 tu + angkut terus ke gerai jualan.

Kalau pergi cari / beli / makan durian time malam, rasanya tak sesedap mana kot. Cz dah tak fresh + lama jatuh + terdedah dengan cuaca panas lama sangat + yang sedap2 orang dah sambar dulu 🙂 hihi

Ini based on pengalaman aku je.

Tapi rasanya durian makin lama macam makin kurang je. Mana taknya, monyet + kera dan sejenis dengannya makin lama makin banyak kat sana sini. Habis tanaman dirosakkannya. Tak tahu apa PERHILITAN buat. Monyet / kera / beruk dibiar bebas kat kawasan penempatan manusia. Yang teruk orang kampung yang kurang pemahaman mengenai perkara ini. Pengsan

Sekadar mengambil contoh akan situasi di tempat aku sahaja.