Sekarang ini, musim durian seakan sepanjang masa. Tidak sukar untuk mencari durian sekarang ini. Bezanya hanya banyak dan sedikit je. Kalau banyak, murahlah harganya. Begitu juga sebaliknya hihi.
Kalau duduk di sekitar Putrajaya, datang je ke Taman Warisan Putrajaya. Kat sini ada jualan buah-buahan, benih pokok dan apa-apa yang berkaitan dengan pertanian.
Sekarang ini tengah musim durian. Katanya varieti udang merah tengah mencanak-canak. Jadinya, harga pun boleh tahan murah. Untuk gred biasa RM15 sekilo. Manakala untuk gred elok sikit RM20 sekilo.
Durian kampung pun ada juga. Harganya sekitar RM10 dan RM15 sekilo. Nyum nyum nyum.
Orang yang menjualnya pun sopan dan tutur bahasanya lembut. Kalau isi tak cantik, boleh tukar. Mungkin sebab itu aku suka membeli di Putrajaya. Sebab penjual / penduduknya mojoriti sopan dan berhemah. Gomen kan huhu.
Oleh kerana layanan baik, buah pun nampak molek (penjual kasi try satu persatu), jadinya aku hangkut 5 kilo terus.
Sedap, manis dan pahit. Emmm dalam banyak-banyak varieti durian, aku memang suka udang merah. Sebab rasa isinya pahit. Isi pula tebal. Memang puas hati.
Info Mengenai Durian Udang Merah
Durian Udang Merah juga boleh dipanggil sebagai D175. Benih kahwin katanya.
Varieti yang berasal dari Pulau Pinang ini telah didaftarkan pada 4 Jun 1990. Ia juga dikenali sebagai An He di kalangan penduduk tempatan.
Antara ciri-ciri buah durian udang merah ialah: Buahnya sederhana besar (1 1/2 – 3 kg) berbentuk bujur. Kulit berwarna hijau perang dan durinya pendek. Isi berwarna kuning, tebal, isinya halus, lembek dan rasanya lemak manis.
Buah Durian Udang Merah dikatakan di antara yang termahal dan boleh menandingi buah Durian Musang King. Jika nak dibandingkan kedua-duanya, secara peribadi aku lebih menggemari rasa durian udang merah.