BORONG EQUILIBRIO UNTUK ANAK KUCING

image

Silap perkiraan rasanya haritu cz borong makanan kucing jenis dewasa banyak sangat. Sedangkan, kat rumah aku banyak anak kucing lagi + memang menternak kucing pun.

Semalam, aku dok memborong equilibrio for kitten ini dengan harga rm15 sekilo. Aku ambil 9 kilo terus ahaks. Sambil membeli tu aku sebenarnya usha sedikit demi sedikit konsep perniagaan diorang. Otak business sangat u olllzzz.

Tengah demand jenama makanan kucing ini. Sampaikan aku terpaksa ambil repack punya. Im the lucky one cz beli tepat pada masanya hahaha.

Murah sangat lah tu kan kalau dapat harga rm15 sekilogram untuk equilibrio for kitten. Ada ke kedai kucing yang jual lebih murah daripada harga ini?

STOK MAKANAN KUCING – EQUILIBRIO

image

Aku sudah tukar makanan anak anak kucing aku tu kepada jenama Equilibrio. Oleh kerana aku bela banyak ekor, terus beli pack 25kg terus. Bungkusan 25kg ini memang khas untuk breeder (kalau ada kedai, boleh repack untuk dijual semula dalam amount per kg ).
image

Soon, aku akan kearah menjual makanan kucing via online. Jual apa yang kucing aku makan je hihi.
image

Stok 25kg ini ‘jangka hayatnya’ bergantung kepada berapa banyak amount yang kucing-kucing aku makan. Kalau makan banyak, cepat habis leerrrr. Anggaran stok untuk 4 bulan macam tu. Insyaallah.

ROYAL CANIN BUATAN CHINA

image

Orang kata, Royal Canin yang dibuat dan diimport daripada China nie tak elok sangat kualitinya. Rasanya tak sama macam sebelum-sebelum ini. Kononnya, rasa lebih masin.

Nak buat macam mana, mungkin made in Brazil tak sama dengan made in China kot. Nak kurangkan kos punya pasal agaknya.

Lagipun, harga makanan kucing jenama Royal Canin ini agak mahal berbanding yang lain. Situasi ini, sedikit sebanyak menyebabkan breeder kucing macam aku beralih kepada jenama lain yang menawarkan harga dan kualiti yang difikirkan lebih ekonomi.

Beralih sedikit demi sedikit.