- MAHA International 2012 Soft launch telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Hotel Marriot Putrajaya pada 16 Julai 2012.
- MAHA International 2012 yang dihoskan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) – jam 10 pagi hingga 10 malam
- Acara ini akan berlangsung selama 10 hari serentak dengan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2012
- Tema MAHA International 2012 ialah Transformasi Pertanian Melalui Inovasi.
- Pameran ini dijangka akan disertai lebih 20 buah negara seluruh dunia. Sehingga kini negara yang telah mengesahkan penyertaan adalah Afganistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar dan Sri Lanka.
- Di dalam Dewan Pameran A, konsep peragaan akan memberi keutamaan kepada proses yang berkonsepkan ‘from farm to table’ yang akan disertai oleh agensi kerajaan.
- Terdapat 7 kawasan bertema dengan keluasan 42,000 meter persegi ruang tertutup akan mempamerkan aktiviti agensi agensi di bawah MOA – perikanan, ternakan, bunga bungaan, jentera, sayur sayuran, beras dan nenas dll
- Terdapat 13 buah astaka negeri negeri di Malaysia akan dihias indah dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk menjemput pengunjung menikmati acara kebudayaan setiap negeri tersebut
- Seminar berkaitan teknologi dan inovasi terkini di dalam pertanian dan pengendalian ternakan akan berlangsung sepanjang MAHA International 2012
- Masuk adalah PERCUMA
- Sebarang maklumat lanjut dan info terkini boleh diperolehi di laman sesawang rasmi www.maha.gov.my / FB Rasmi MOA / Twitter Rasmi MOA
Tag: eyriqazz
DILEMA MONYET
Semakin hari manusia semakin maju..semakin bertambah bilangannya..semakin banyak tanah yang diterokai. Dilema betul.
Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
Seakan menjadi satu barah plak di kawasan perkampungan tempat aku tinggal ini dengan masalah MONYET. Bunyinya memang lucu tapi nak buat macam mana. . sakit hati wooooooo. Biasalah, duduk dikampung kawasan halaman rumah mesti r ditanam drngam bunga bungaan, buah buahan ( disamping tanaman komoditi) dan juga menternak ayam kampung.
Masalahnya sekarang ini. . . Fenomena kawanan monyet yang dok mengacau dan merosakkan tanaman dan ternakan macam tak berkesudahan. Pantang ada bunga atau pokok yang start berbuah. Habis dirosakkan oleh monyet monyet ini. Pantang ada ayam berteluk..habis dicurinya telur tu. Sakit hati betul
Habis semua ubi kayu,tebu,cempedak,nangka,rambutan etc kat area rumah aku dan jiran jiran sekampung . . . Tak sempat nak merasa, si monyet dah bertandang. Aku rasa macam nak tembak je sekor2.
Cz monyet bukan sebarang monyet, nie monyet yang kejar orang OK. Berani tu. . . .
Rasanya masalah ini macam tak berkesudahan sejak aku di tingkatan 2 lagi. Apalah. . . Ini semua cz monyet monyet nie dah tak ada tempat tinggal cz habitat mereka yang telah diceroboh. Makin hari macam makin banyak pulak bilangannya. Pengsan. . .
Jz wonder, monyet ini termasuk dalam haiwan terancam ke? Agensi kerajaan mana yang menjaga jenis haiwan ini? Macam Jabatan Perhilitan je rasanya. Cz mustahil Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Aku rasa, masalah ini pun berlaku ditempat tempat lain. Ada gak.usha usha dan tanya kawan kawan. Di kampung mereka pun mengalami masalah yang sama. Ermmmm, apa nak jadi la nie. . .
Opppsttt. . . Apapun contest SEO eyriqazz vs denaihati tetap diteruskan hihi.
TIPS MEMILIH BUFFET RAMADHAN
Genap 1 minggu lagi bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang sebelum sebelumnya. Insyaallah.
Lupakan sebentar Eyriqazz vs Denaihati
Aku tidak pasti bagaimana dengan orang lain. Tapi, bagi aku dan orang orang yang aku kenal dan aku tengok. . . Ramadhan di bandar lebih banyak dipenuhi dengan tawaran tawaran buffet ramadhan dari restoran biasa hinggalah ke hotel hotel bertaraf bintang bagai. Ada sahaja promosi, daya tarikan dan keunikan yang ditonjolkan. Kadang kadang naik geram pun ada gak. Cz puasa kan. . geram tengok juadah makanan dan minuman yang pelbagai itu.
Susah sebenarnya nak pilih tawaran promosi buffet ramadhan yang benar benar berbaloi. Pada pandangan aku, antara aspek aspek utama yang perlu di ambil kira ialah :-
1. HARGA
Pastikan berbaloi harga yang dibayar itu dengan keenakan/jenis juadah yang disediakan.
2. KEDUDUKAN / JARAK
Pastikan kedudukan atau jarak restoran / hotel dari tempat kediaman / rumah tidak terlalu jauh. Biasanya waktu petang di bulan ramadhan memang akan sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas yang over khasnya di lembah klang. Kalau ada public transport macam LRT lagi bagus.
3. REVIEW
Rajin rajinlah buat research kat internet atau kenalan berkenaan hotel / restoran yang nak kita pergi tu. Kalau ramai yang kata sedap. . kira OK lah tu. Kene ingat, ada sesetengah tempat tu tahun sebelumnya sedap dan tahun semasa tak sedap pulak. That why kene buat reseach betul betul. Aku pernah kene. . Oh sedih
4. STATUS HALAL
Pastikan tempat makan yang ingin kita tuju tu sudah dapat Sijil Halal daripada JAKIM. Kalau Pak JAKIM dah kata halal tu, memang halal r tu. Kene yakin dan percaya dengan dia 😉
5. KETUA TUKANG MASAK
Aku selalunya akan tengok dan semak dulu siapakah ketua tukang masak di tempat yang ingin aku tuju. At least aku tahu, makanan yang disediakan disini diseliakan oleh saudara seagama dengan aku. Secara langsung dan tidak langsung, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk pastikan makanan yang disediakan disitu terjamin kesucian dan kehalalannya. Insyaallah