MAKAN DI FLORENCE ITALI

20140528_140130

 

Oh Tuhanku, tekak aku memang very the tekak orang asia + makan nasi. Memang tak boleh hidup dengan makanan ala Itali sangat. Spegeti / pasta etc memang bukan citarasa aku. Tekak aku still mahu rasa rempah ratus, sambal, masam manis dan kepedasan yang nyata.

Mungkin lain kali jika diberi rezeki lagi, aku nak kene bawa sambal segera lebih, mee segera lebih dan apa-apa sahaja menu tempatan yang boleh terus makan.

Hurmmm, kalau nak diikutkan makanan kat sini memang agak mahal + kita hanya boleh ambil yang vegetarian atau makanan laut sahaja. Selain daripada itu memang tak boleh lah kan. Lagi? Kalau nak beli makanan jangan convert kepada duit Malaysia. kalau tak menangis tak berlagu hahahaha.

Apapun, memang syok makan di Itali ini. Konsepnya berbeza dengan apa yang kita lihat di Malaysia. Dengan suhu yang nyaman etc. Wow…memang terbaik.

MEMBELI BELAH DI FLORENCE

20140528_142548

Dikkkkk, kalau dah berjalan dengan bos + di Itali pula tu, memang tak sah kalau tak bershopping sakan. Itali katanya u olllz. I follow je.

Di Florence inilah bermulanya butik / jenama Gucci 🙂 Eh ke Salvatore Ferragamo? Tak ingatlah. hahahahah. Pengsan.

20140528_143616

Banyak butik-butik barangan mewah disini. Butiknya ala-ala tepi jalan je dik. Kalau kat Malaysia butik jenama macam ini terletak di dalam Shopping Mall yang mewah etc. Tapi kat sini kedudukannya ala-ala je pun. Pengsan. Apapun ikut style masing-masing lah kan.

20140528_142329

Aku layankan sahaja bos aku pergi membeli belah. Kita anak kampung yang masih lagi kaget dengan suasana eropah. Just wonder, aku sekarang dimana? Eropah atau malaysia?

20140528_151523

Bos aku kata, kalau nak pergi melancong kene pakai baju terang-terang. Memang betul kata dia. Gambar yang terhasil memang cantik huhu.

20140528_151709

 

Aku langsung tidak pos gambar-gambar aku di butik mewah ini di FB atau Ig personal. Nanti apalah pandangan orang. Persepsi itu penting. Kita duduk follow orang je dikk.