MAKAN DI FLORENCE ITALI

20140528_140130

 

Oh Tuhanku, tekak aku memang very the tekak orang asia + makan nasi. Memang tak boleh hidup dengan makanan ala Itali sangat. Spegeti / pasta etc memang bukan citarasa aku. Tekak aku still mahu rasa rempah ratus, sambal, masam manis dan kepedasan yang nyata.

Mungkin lain kali jika diberi rezeki lagi, aku nak kene bawa sambal segera lebih, mee segera lebih dan apa-apa sahaja menu tempatan yang boleh terus makan.

Hurmmm, kalau nak diikutkan makanan kat sini memang agak mahal + kita hanya boleh ambil yang vegetarian atau makanan laut sahaja. Selain daripada itu memang tak boleh lah kan. Lagi? Kalau nak beli makanan jangan convert kepada duit Malaysia. kalau tak menangis tak berlagu hahahaha.

Apapun, memang syok makan di Itali ini. Konsepnya berbeza dengan apa yang kita lihat di Malaysia. Dengan suhu yang nyaman etc. Wow…memang terbaik.

BERMALAM DI ART HOTEL MIRO FLORENCE

20140529_081602

Penat membeli belah di pusat bandar Florence, kami terus dibawa ke hotel penginapan. Ada sedikit masalah komunikasi dan tempat hotel pada awalnya. Nama hotel lebih kurang sama. Jadi pemandu bus kami itu pun keliru. Sabar je lah.

 

20140529_081348

Not sure, tapi tengok gaya hotel-hotel di Itali ini semuanya sepesen je. Tak macam Malaysia. Semua kemudahan ada. Disini semuanya serba serbi sahaja. Tiada itu dan ini. Agaknya kos hidup disini tinggi kot.

Tak tahu nak tarafkan berapa bintang.

20140529_081404

20140529_081423

PERJALANAN DARI MILAN KE FLORENCE

20140528_090312

Selepas Milan, destinasi kedua kami adalah Florence, Itali. Perjalanan dengan menggunakan bus mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih katanya. Pengalaman yang mengasyikkan dan aku masih lagi tidak percaya yang pada ketika itu aku berada di bumi Itali dikkkkk hahahaha.

20140528_091341

Aku memang tidak tidur di sepanjang perjalanan. Lebih asyik menikmati pemandangan yang ada. Seronok dan bersyukur kerana aku diberi peluang untuk melihat negara orang. Selama ini aku tidak terfikir pun untuk pergi mengembara di negara orang. Jauh sekali untuk sampai ke eropah dan jauh jauh sekali untuk datang ke Itali.

Landkapnya jauh berbeza dengan apa yang boleh aku lihat di Asia Tenggara / Hong Kong. Iklim berbeza kan dikkk. Tak terungkap dengan kata-kata gitew.

20140528_093251

20140528_094656

Kami berhenti di stesen minyak + R&R diorang. Tak lah sesibuk R&R yang ada di Malaysia. Kawasan R&R nya pula lebih luas.

20140528_094343

Aku pula sudah start batuk-batuk dan selesema. Memang spoil mood melancong betul. Yelah kan, budak kampung datang ke negara beriklim sejuk. Memang macam tu lah hahahaha.

20140528_094328

Takjub yang amat aku dengan gunung ganang yang kami lalui disepanjang perjalanan. Bertambah kagum pula dengan binaan highway yang kami lalui. Seram sejuk pulak kalau tengok ke bawah. Memang dalam betul gaung tu huhu.

20140528_104912

20140528_104629

 

Alangkah indahnya kalau dapat golek-golek sebentar kat sini. Nak juga merasa kehidupan kampung di eropah. Bagaimana yer rasanya?