HAKCIPTA TERPELIHARA

Aku sekarang ini menuju kearah gambar yang diletakkan tanda ‘copyright’. Secara peribadi, aku agak kurang selesa apabila gambar anak-anak kucing aku di kongsi di fanpage-fanpage facebook secara meluas (tanpa kebenaran). Aku kurang selesa.

Tu yang aku letak copyright dalam setiap gambar kucing yang aku post di internet. Privacy tu kene jaga.

ANAK SULONG MIA

1743722_10202309944364615_2124593311_n

 

Inilah dia gambar anak sulong Mia Fatonah. Anak kucing aku yang degil nauzubillah tu. Daripada 4 ekor anak yang dilahirkan, hanya seekor sahaja yang sihat walafiat (hidup). Serious, mama kucing Mia ini memang tak pandai jaga / melahirkan anak. Semua nak kene suap. Sabar je lah. Gangguan emosi + asyik nak main je kot.

Comel tak mukanya? Bulat kan? hahaha. So sweet. Im just wonder, aku hanya akan menjaganya selama 2 bulan lebih sahaja. Tak pasti dan tak fikir lagi nak jual pada harga berapa. #MykeledekCattery

WAJIB TUTUP TINGKAP

image

Anak anak kucing parsi ini semakin lama semakin membesar dan lincah. Lari sana sini dan panjat sana sini. Mau pengsan layan budak budak nie. Mak diorang si Cici Esmidar pun joint sekaki. Walhal Cici tengah berahi sakan nie. Boleh plak dia main macam budak kecil. Huhu, bahagia rasanya cz sebelum nie Cici dok kat rumah sowang2. Now dah ada anak anak. Cerialah sedikit kehidupan dia kat rumah dengan anak anak kan. Syurga tempat mu.

Continue reading WAJIB TUTUP TINGKAP

GAMBAR ANAK KUCING COMEL

page

 

Huhu, aku sejak akhir akhir ini rasa agak puas hati dengan knowledge baru yang aku dapat. Rupanya ada software untuk edit gambar huhu. Memang sesuai untuk aku yang suka ambil gambar tapi pada masa sama tak punya skill mengambil gambar dengan baik. Main klik sana sini je ahaks. Syukurlah ada PhotoScape.

Continue reading GAMBAR ANAK KUCING COMEL