Jalan-Jalan di Genting Highlands Premium Outlet

Cuti hujung minggu yang lalu, aku dan kawan-kawan pergi ke Janda Baik, Bentong Pahang. Konon nak mandi sungailah kan. Tapi harapan nan ado sebab air cetek. Agaknya sebab time sekarang ni ni kurang hujan / cuaca panas kot. Nak mandi macam mana kalau air sungai cetek huhu.

Jadinya, kami pun pergi melepak di Genting Highlands Premium Outlet (GPO) untuk feeling-feeling sejuk. Emmmm, tak sejuk jua yer hahaha.

Nak beli apa? Entah, aku pun tak tahu. Saja tengok orang lalu lalang. Ramai juga yang membeli belah dan gigih beratur di di luar pintu masuk kedai. Banyak betul duit diorang huhu. I is jealous okay.

Ikutkan hati memang nak beli kasut jenama Skechers. Sebab nampak macam selesa dan up to date je. Harga diskaun pun nampak lebih murah berbanding kedai biasa.

Tapi tulah, apakan daya hahahaha rasa macam boleh elak untuk beli lagi. Next time, insyaallah.