GROOMING KUCING DI BANGI

image

Syukur alhamdulillah,  akhirnya hajat untuk grooming anak anak kucing tercapai juga. Aku agak risau kat mana mahu dapatkan kedai yang ada menyediakan perkhidmatan grooming kucing.

image

Jumpa juga akhirnya. Lupa pula dengan Dr Nazihah. Dia ada klinik + kedai kucing @ Seksyen 7 Bandar Baru Bangi – JHan PetCare & Service.

image

image

Anak anak kucing aku jenis yang Longhair. Jadi diorang charge RM40 seekor. Oleh kerana ini adalah pertama kali aku buat grooming untuk diorang, so aku tambah shampoo untuk kutu sekali. Means, kos untuk seekor ialah RM45.

Biasalah, Si Jantan Hiroki tengah masyuk dengan anak anak kutu dan fungus. Jadi terpaksalah aku minta diorang sental Hiroki lebih sedikit hahahaha. Lagipun, diorang tengah berkahwin. Insyaallah Mia dan Orange J tengah bunting tu. Hujung tahun ini diorang beranak lah gamaknya. Kali ini aku akan care lebih sedikit + jual secepat mungkin.

image

Aku hantar diorang area pukul 10.30 pagi dan diorang call untuk pick up pada pukul 2.30 petang. 5 ekor tu dikkkk. Tanda aku sokong perniagaan diorang. RM225 jumlah keseluruhan ahaks.

image

image

Wangi dan harum bau bulu – bulu diorang. Boleh je nak mandikan diorang kat rumah. Tapi rasa macam tak larat & apa salahnya hantar diorang sekali sekala kan. Lagipun bukannya pakai duit sendiri. Hasil daripada jualan anak-anak kucing.