RESTORAN

Aku tak tahulah orang lain camne. Tapi kalau nak diikutkan, dalam bab makan diluar..ada 2 perkara yang aku ambil kisah (selain daripada keenakannya). Status halal dan juga cara perkhidmatannya. Lain2 hal aku boleh pertimbangkan…

Pagi tadi aku singgah makan di sebuah kedai mamak berhampiran dengan tempat tinggal aku. OMG terkejut jugak r aku. Mutu perkhidmatannya memang teruk. Lambat dan sedikit kotor. Tapi, apakan daya..aku sudah order. Sabar je lah.

Its agak sensitif jugak sebenarnya. Aku seakan meragui status kedai ini. Tak pasti samaada mereka yang menjaga / melayan / memiliki kedai ini merupakan seorang muslim atau tidak. Tengok gaya macam tak nampak sinar keislamannya. Ini pandangan aku secara peribadi…Tapi pada masa yang sama, terpampang banyak ayat2 suci alquran di dinding2 restoran. Aku meraguinya..

Cz aku ada juga terbaca beberapa restoran yang menggantung ayat2 suci alquran didinding. Akan tetapi selepas diselidik betul2 sebenarnya pemilik kedai itu bukan islam. Kegiatannya terselindung dek kerana orang2 yang mengendalikan restorannya adalah orang islam..

So, how gomen define status halal sesebuah restoran itu? Adakah kerana pemiliknya atau pekerjanya atau makanan yang disajikannya?

Cz tak semestinya makanan restoran orang islam itu halal dan tak semestinya restoran orang bukan islam itu tidak halal. Its depend on cara masakan dan juga bahan masakan masing2. Its juz my personal view

I’m curious

Posted from WordPress for BlackBerry.