HARGA PASARAN BAGI KUCING PARSI

Gambar lama. Menyesal tak beli kucing yang warga grey tu 🙂 Betina rasanya. Geram pulak tengok. Next warna kucing yang aku nak beli ialah warga grey macam nie 🙂 Insyaallah ada rezeki nanti. Sebenarnya agak sukar nak letak harga jualan / belian untuk seekor kucing itu – epsecially kucing jenis parsi. Nak beli/jual murah sangat macam something wrong. Nak beli/jual mahal sangat rasa macam awat mahal benorrr.

Tak silap aku, tak ada peraturan yang menggariskan panduan penjualan/pembelian untuk haiwan peliharaan like anjing dan kucing. Yelah kot, ini bukan untuk makanan. Jz for the sake of teman / pelihara je. Tengok je harga jualan untuk kucing di mana mana petshop. Memang nauzubillah mahal betul harganya kan? Walhal kucing tu tak dijaga dengan baik, tahi mata tak dibersihkan, baka pun bukannya jenis yang betul betul persian etc.

Biasanya :-

  • Harga bagi seekor kucing kacukan parsi adalah sekitar RM200 hingga ke RM700.
  • Kucing parsi jenis semi flatface pula antara RM500 ke RM1200.
  • Kucing parsi flatface low nose biasanya dijual dalam lingkungan RM1200 ke RM1600.
  • Jenis yang paling mahal – flatface highnose pula berharga RM1500 hingga RM3500.

Harga kucing kucing ini boleh meningkat berkali ganda sekiranya memiliki sijil pegesahan baka dari TICA atau CFA atau memiliki keunikan yang jarang ditemui. Like mine 🙂

Dengan kata lain, baka anak anak Cici itu harganya ialah sekitar RM1,200 hingga RM1,600. Diorang baka kucing parsi flatface low nose. Kacukan flatface low nose dengan flatfase high nose.