Ini merupakan hari raya yang pertama bagi Cici Esmidar Gonzales bersama sama tuan barunya. Ahaks Cici tak ada baju raya untuk tahun ini. Cukuplah kot dengan bulu bulunya yang makin lebat dari hari ke hari. Pengsan
Aku tak bawak Cici balik kampung aku kat Johor. Aku lebih prefer dia dibawa balik ke kampung housemate aku kat Melaka. Alasannya mudah sahaja. Di rumah aku ada banyak kucing yang bertandang. Jadi satu hal plak nanti gaduh sana sini.
Seminggu tak jumpa, Cici makin membesar. Jumpa aku je terus rapat rapat. Rindu sangat kat aku kot…gitew. Apapun,kira OK lah jugak.. Cici boleh membiasakan diri walau dibawa kemana sahaja. Manja betul kucing jenis ini. Pengsan