HARI RAYA AIDILFITRI 2012 #1

Insyaallah, umat islam.di Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri pada hari ahad ini. Aku balik kampung area pukul 4pagi sabtu nanti. Alasannya, aku tak suka jem + mahu sampai pagi + mahu pergi hantar mak aku pergi pekan pada pagi sabtu nanti. Of cz jumaat petang atau jumaat lepas buka puasa nanti jalan akan jem – dijangkakan.

Banyak kot barangan yang aku bawa dari sini untuk persiapan hari raya di kampung nanti. Beli mana yang murah dan berbaloi. Vice versa. . . .

Ramadhan kali ini benar benar mencabar dan tanggungjawab pun rasa macam makin bertambah. Pengsan lagi

Apa yang bagusnya, puasa kali ini telah berjaya menurunkan berat badan aku dari 60kg kepada 57kg kepada 54kg. Ahaks. . .harapnya penimbang di Warta Bangi dan Carrefour Alamanda tu tak rosak. Harapnya berat badan aku tak bertambah sangat sepanjang open house sana sini time lebaran nanti. Nyum nyum