Kunjungan terkini di Kota Kinabalu Sabah kali ini, aku duduk di Grand Borneo Kota Kinabalu. Sebab aku kena pergi ke Tuaran. Jadinya, kira elok sangat lah tu. Jarak perjalanan yang bersesuaian.
Secara kebetulan, tatkala itu ada perlawanan bola sepak antara Felda United dan Sabah. Jadinya, memang penuh lah hotel tu dengan orang. Mula-mula agak tergamam juga kenapa macam ramai sangat manusia. Rupanya….
Nak dijadikan cerita, pelayan front desk tak berapa nak mesra pelanggan mana. Gaya bahasa dan body language yang seakan tidak ikhlas. Tapi, apa boleh buat. Ini tempat dia, kami pun penat. Nak masuk bilik dan berehat je dulu.
Sentapnya lagi adalah bilik bilik aku masih tidak ready lagi. Bayangkan pukul 4.30 ptg aku baru boleh masuk. Nasib baik perempuan yang melayan kami sebelum ini tiada. Kali ini lelaki dan layanan pun kira okay.
Pemandangan luar dari bilik agak cantik. Boleh tengok pemandangan dari luar.
Agak impress, walaupun hotel milik Felda, tapi bilik airnya pun ada cermin. Jadinya, kalau kita mandi, orang luar boleh ala ala nampak bentuk badan kita. Nasib baik aku duduk seorang.
Sedih, sebab diorang hanya sediakan shampoo, sabun dan shower bath sahaja. Sebab selama nie tiap kali menginap di mana-mana hotel, pasti ada disediakan set gosok gigi, pencukur etc related. Tapi kali ini, non ado pula.
Next time, kena get ready dan bawa je set toiletries. Nasib baik ada shopping mall di bawah Grand Borneo Hotel ini.
Makan kat sini not bad. Kira okay lah. Kenyang sebab menyelerakan. Puas hati. Sesuai dengan standard mereka.
Aku paling tertarik dengan penyediaan kimchi diorang. Sedap. Kiranya, inilah pertama kali aku jumpa restaurant di hotel yang menghidangkan kimchi tatkala sarapan. Hebat.