Inilah pengalaman pertama kali aku menginap di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis. Datang sini pun sebab urusan rasmi. Singgah sehari je pun. Kedah dan Perlis memang dekat dihati aku sebab makanannya sedap-sedap belaka.
Bulan lepas, ada juga datang sini sebab urusan rasmi. Tapi time tu aku menginap di Hotel Putra Regency, Kangar Perlis. Kali ini sebab hotel kat situ dah penuh, jadi kami menginap je disini.
Not bad juga Hotel Seri Malaysia Kangar nie. Kelihatannya seakan hotel baru. Jadi serba serbi selesa. Perkhidmatan pun nampak okay je. Tenang sebab tak crowded dengan manusia sangat. Parking pun senang.
Bilik hotel pun okay dan selesa. Sangat berpuas hati. Masuk je bilik, penghawa dingin dah dipasang. Kemas dan tersusun rapi. Paling penting, ada streka baju hihi.
Toilet pun bagi aku okay sangat. Air mengalir dengan laju. Sedap mandi kalau pili airnya deras mengalir. Selesa.
Terasa tenang je outstation seperti ini. Sederhana tapi jiwa tenang