HADIAH

Kekadang tu pening gak nak cari hadiah / ole ole apa nak bagi kat mak. Aku bukannya pandai sangat memilih barangan perempuan nie. lagi lagi barangan makcik2. Silap beli / pilih maunya tak dipakai.

Pernak sekali tu aku belikan brooch. Pada pandangan mata aku memang cantik dan nampak terkini. Tapi rupanya brooch yang aku beli tu not up to date. Mak aku dah ada koleksi brooch macam nie kat rumah. Pengsan

Kemudian, ada gak bagi tudung kat mak aku. Mahal OK tudung tu – tudung Ratu. Itupun kawan bagi free. Tapi mak aku tak pakai pun cz dia tak berminat dengan coraknya. Dia pakai untuk mengaji je. OK… pakailah jugak kan. Continue reading HADIAH

BALIK KAMPUNG

Jam menunjukkan pukul 12.27pagi dan aku baru sahaja sampai ke rumah keluarga aku di Johor. Rasa yang pelbagai – letih, ngantok, cergas, cekal dan thankfull. Aku gagahi juga 2 hari ini semata mata untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin Izdihar. Pada masa yang sama, aku perlu membawa family aku ke Putrajaya untuk berjalan jalan – Jalan TAR dll. Aku ter-cakap sebenarnya. Perjalanan ini memang tidak dirancang.

Esok pagi, area jam 8.00pagi kami sekeluarga perlu bersiap siap untuk ke Putrajaya. Tapi sebelum itu, aku harap sempat untuk jumpa nenek aku. Bolehlah berpamitan dan hulur beberapa note untuk bekalan / duit poket.

Family aku akan berada di Putrajaya sampai Khamis atau jumaat ini. Semua ini bergantung kepada keadaan office. Kalau mood OK, jadi boleh pergi awal 🙂 Sebenarnya secara kebetulan pula ada majlis rasmi kerajaan di kawasan aku. Senanglah, sampai balik kampung, boleh buat kerja kerja yang berpatutan 🙂 bolehlah tambah mana mana yang kurang.

Plan kalau ada ongkos lebih, aku mahu beli beberapa bungkus kerepek.

Apapun, aku merasa amat kecewa dengan service yang diberikan di RnR Seremban. Tak kiralah fast foodnya mahupun gerai jualan makanannya. Tiap kali aku datang situ, mesti ada je menda alah yang aku tak puas hati. Kerusi meja tak cukuplah.. Q terlalu panjanglah.. Penjual yang nth apa apalah + +. Aku sendiri tak tahu apa masalahnya. Terlalu ramai pengunjung kot. Think positive