Kawan-kawan kata, kalau pergi Kota Kinabalu Sabah, wajib singgah beli ikan masin / ikan bilis. Murah berbanding semenanjung katanya. Aku oun hangguk-hangguk je lah.
Sebelum ini aku ada borong hampir RM250 kalau tak silap. Untuk kali ini, aku target RM50 je. Sebab mak hanya order ikan talang masin je. Katanya nak buat sayur nanas. Pengsan.
Kawasannya agak luas memanjang. Lepas tu ada banyak gerai-gerai kecil yang menjual barangan lebih kurang sama. Aku pening.
Serahkan sahaja kepada kawan untuk memilih kedai. Kawan selalu pergi ke Gerai No 13 Awie ni je. Sebab kami semenanjung kan. Jadi, pemilihan kedai kena tepat.
Sebelum ini, kawan Sabah yang tolong adjust harga. Jadinya, dapatlah harga sama penduduk tempatan. Biasalah, tempat tumpuan pelancong. Tawar menawar kena bijak.
Aku suka dengan bau belacan papar nie. Popular katanya. Baunya pun sedap dan menyelerakan. Unik. Sebelum ini ada beli. Kali ini aku beli lagi. Harap nanti balik kampung boleh merasa belacan papar.
Sedih dan hebat sangat aku nie. Memborong sana sini tapi tak pernah nak merasa sebab semua disedekahkan kepada mak-mak sekeliling huhu.
Aku perhatikan, harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga jualan. Tak tahu apa punca. Jadi, kena rajin bertanya.
Macam aku, memang malu bertanya. Serahkan kepada kawan perempuan uruskan. Mereka lebih arif hal-hal barangan dapur nie.
Waktu operasi di sini tengok gaya macam 24 jam. Tapi kata kawan, untuk gerai jual ikan bilis / ikan masin tu diorang buka 10 pagi sampai 12 tengah malam macam tu. Bergantung kepada pengunjung / musim / hari juga.
Dok google Pasar Filipina, tapi tak jumpa lokasinya. Yang aku jumpa adalah Pasar Karangkraf, Pasar Malam Sinsuran dan Night Food Market. Aku ingatkan semua tu Pasar Filipina. Rupanya nama lain-lain. Agaknya ramai orang filipina yang meniaga disini kot. Tu yang namanya jadi macam tu.