PEJABAT IMIGRESEN KAJANG

image

Aku perbaharui passport antarabangsa di Pejabat Imigresen cawangan Kajang. Yelah kan, Pejabat Imigresen cawangan Putrajaya berpindah. Not sure nak buka bila.

Minggu lepas, time aku datang memang dapat nombor giliran ke 300 (anggaran). Musim cuti sekolah kot. Tu yang gigih pergi semalam. Semata-mata nak kejar 5 April untuk submit kepada travel agensi. Gigih u ollzzzz.

Procedure di sini agak berbeza dengan pejabat Imigresen Putrajaya. Untuk perbaharui passport, disini diorang hanya perlukan passport lama, fotocopy mykad dan mykad sahaja. Gambar tak perlu cz diorang akan ambil gambar di kaunter untuk masukkan dalam sistem terus. Hebat bukan? Kalau kat Putrajaya haritu diorang perlukan lagi gambar. Sistem tak upgrade lagi kot time tu. Untunglah.

image

Aku datang area pukul 7.30 pagi camtu dan segala proses siap area pukul 8.20 pagi camtu. Hebat tak? Imprezzz dan teruja dengan perkhidmatan yang disediakan. Sangat mudah cepat dan senang.

Aku pula, dari start nak buat passport dok update status via whatsapp dengan bos aku. Agaknya dia pun imprezzz cz buat di kaunter biasa pun boleh siap kurang dari satu jam + sangat gigih mnm berurusan di kaunter kerajaan seawal pukul 7.30 pagi hahaha.