JAKARTA BANDUNG INDONESIA : PERANCANGAN TRIP TO BANDUNG INDONESIA

Pada masa ini, disamping menyibukkan diri di office.. Aku turut menyibukkan diri dengan perancangan perjalanan di Bandung Indonesia pada bulan Oktober nanti iaitu pada 4 (malam) – 7 (lewat petang) Oktober 2012.

Aku ada masa kurang 5 bulan daripada sekarang untuk menyiapkan diri dari aspek fizikal, mental – keperluan. Flight kami adalah ke Jakarta. Walaubagaimanapun, kami aim untuk lebih banyak menghabiskan masa di Bandung Indonesia. Memang itu perancangannya dari mula lagi. Lagipun, berdasarkan kepada pengalaman perjalanan di HCMC Vietnam, its better berjalan ke tempat orang sambil melihat peluang peluang perniagaan untuk menambahkan pendapatan kami + pengalaman.

Kami akan sampai pada tengah malam. Tidak pasti samaada mahu bermalam di Airport sahaja atau terus menyewa teksi untuk ke Bandung pada malam itu juga – macam rugi dari segi pembayaran bilik hotel. Tapi takpa..akan difikirkan kemudian. Plan macam nak stay sebentar di Airport kemudian, area sebelum / sesudah subuh..baru bertolak ke Bandung. Dengar kata jarak masa perjalanan ialah 2 jam dan traffic memang sesak. Jadi, perancangan masa perjalanan memang penting. Aku memang xsuka jem. At the same time, kene usha2 juga berapa kos tambang teksi yang dikenakan. Perlukan kajian pro + kontra + pembacaan.

Aku tak risau sangat pasal makanan di Jakarta / Bandung. Cuma perlu pandai memilih mana yang benar benar enak + berbaloi + murah + halal. Tapi pada masa yang sama kajian juga perlu dilakukan.

Back to basic..daya tarikan Bandung ini sudah tentu syurga shopping + harga yang murah. Jadi tak salah jika aku turut buat beberapa kajian langsung akan apa yang dijual + harga jualan. Agak agak menguntungkan, step kedua boleh lah dibuat. Kali ini, aspek warna dan design akan aku ambil kira betul betul. Tak mahu kesilapan di HCMC berulang kembali. Aiyaaaa…

Tapi khabarnya untuk membeli kain pasang / kain ela.. Negara China dan Vietnam lebih murah. Jadi aku tak pasti apa yang ada di Bandung. Kain sulam / manik kot. Kene tengok kedai / tempat mana yang betul betul OK dan murah.

Apa yang penting, barang yang dibeli mudah dijual balik di Malaysia.

Apapun, kiraan kos kasar / modal perlu diambil kira dari semua aspek : modal niaga + makan + hotel + pengangkutan.