Seperti yang telah dirancang, hari ini aku berkesempatan untuk membuat lawatan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di bawah nama My Tina Project Charity.
Aku sertai lawatan ini pun secara kebetulan. Just wanna gain some new experiance about charity. Honestly, aku sendiri pun pada awalnya tidak tahu apa itu pediatrik.
Tapi selepas diterangkan oleh orang yang bertanggungjawab dalam My Tina Project Charity ini, barulah aku tahu bahawa pesakit pesakit yang ada disini terdiri daripada kanak kanak yang kebanyakannya menghidap penyakit barah / leukemia. Ini berdasarkan apa yang aku faham dan dgr melalui penerangan daripada beliau. Khabarnya beliau ada blog dan facebook berkaitan dengan kanak kanak ini. Insyaallah, jika ada kelapangan nanti aku akan terjah / lihat / bantu apa yang termampu.