KENAPA HARGA KUCING MAHAL – PART 3

Aku memang suka buat entry bersiri. Jenuh OK nak cari ideas to make sure blog ini sentiasa update hahaha. At the same time bukannya sengaja pun. Logiknya, aku suka mengasingkan setiap point yang ada. Jenuh nak taip panjang panjang dalam satu entry yang sama.

Entry ini antara lain menerangkan (dengan cara aku) kenapa harga kucing parsi mahal. Aku cerita pasal kucing parsi sahaja cz aku bela kucing baka ini. Baka yang lain aku kurang pasti. Harapa maklum.

Kali ini aku bercerita mengenai penjagaan bulu kucing parsi ini yang memang boleh dikategorikan sebagai paling lebat. Eh, ada ke baka kucing peliharaan lain yang lebih lebat berbanding baka kucing parsi ini?

Seriously, jauh dibenak hati aku ada sedikit penyesalan cz bersetuju untuk membela kucing baka ini. Tak tahu pun macam mana nak bela kucing baka ini time decide nak beli time tu. Kalau aku tahu, mahu je bela kucing jenis bengal yang memang berbulu ciput huhu. Apapun, setiap kucing ada peminatnya dan setiap orang ada citarasanya yang tersendiri. Seriously, semua kucing memang ditakdirkan Allah as makhluk tuhan paling comel 🙂

OK, back to penjagaan bulu kucing ini. Normally untuk kucing parsi yang berbulu lebat / panjang memang kene sikat setiap hari. Then, memang kene mandikan diorang average 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Depend on keadaan bulu diorang + kebusukan diorang hahahaha. Ini penting untuk membuang bulu bulu yang telah gugur tapi masih melekat di badan diorang.

Tabiat kucing yang suka menjilat badan untuk membersihkan diri menyebabkannya boleh tertelan bulu. Bulu bulu ini tidak dapat dihadam dan terkumpul di dalam perut. Setelah banyak, bulu bulu ni akan bergumpal dan membentuk hairball.Sesetengah kucing akan memuntahkannya melalui mulut.Namun ada jugak kucing yang tak dapat keluarkan benda alah ni..Gumpalan bulu ini akan menghalang saluran sistem pencernaan dan mengundang penyakit.

Tang aku pula yang very the pemalas ini kekadang terus gunting je mana mana hairball yang terletak kat badan diorang. Jenuh nak sikat satu persatu. Memang diakui aku agak kurang konsistan menyikat bulu diorang. Kalau rajin dan ada masa sembang ja. Pengsan