REZEKI HARI ISNIN

Tajuk pun hari isnin 🙂 tapi aku macam tak sempat plak nak buat entry. Otak beku 🙂 sejuk plak office time2 hujan nie. Dah lah Batu Pahat dah start banjir. Pengsan. . . Nanti nak call family kat kampung. Suruh diorang ready dengan bekalan makanan.

image

Oh. . .yeaaah, tak tahu pula aku sekarang ini musim durian. Dah start dah . . . . Rezeki hari isnin pula aku dok ikut jiela pergi rumah pak long dia. Dapat merasa makan durian free kat Limau Manis 🙂 Pengsan

Kebanyakannya durian kampung yang baru gugur pagi tu. Wow. . . . . Hebat. Ada banyak durian, tapi dek kerana aku dah breakfast. . . Aku larat makan beberapa ulas je hahaha. RUGI!!!!!

image

Seronok plak tengok pakcik nie ada kebun sendiri. Boleh tanam macam macam – buah buahan / pokok herba. Meriah u ollzzz

image

Pak Long Si Jiela ni pun siap bagi lagi Bubur Durian – masyuk je. Kenyang beb. . .aku tak sempat amik ganbar banyak2 cz perut senak dengan durian + camera Samsung Hang jap. Sentap. .

Continue reading REZEKI HARI ISNIN

MARI MAKAN MAKAN

image

Selalunya dalam satu minggu tu, aku akan buat satu MASTER SAMBAL yang aku boleh gunakan untuk beberapa hari sebagai pes aka bumbu dalam masakan aku. Aku buat 2 version. . . Satu versi manis pedas dan satu lagi versi super pedas. Housemate aku tak reti makan pedas. Aku dan officemate aku pula memang hantu pedas. Jadi, pandai pandailah hidup 🙂

image

Selalunya kalau line clear dan ada waktu senggang dalam satu satu hari itu, aku akan pesan budak budak office aku untuk bawa some food untuk dimakan sama sama di office. Kira macam ala ala breakfast sama sama. Masak nasi / bubur kat office. Aku memang tinggalkan periuk nasi kat office u olllzzz hahahaha. Tinggal beli / bawa beras dari rumah. Makan ramai ramai + panas panas memang sedap giler giler hahaha

image

Continue reading MARI MAKAN MAKAN