KUCING JANTAN YANG MEMILIH

image

Pening kepala dengan si jantan Hiroki yang sangat memilih untuk mengawan. Bayangkan, si betina Socky dan Cici yang chantek tu langsung tak dilayannya. Sudah banyak kali Socky dan Cici On Heat + menggoda Hiroki, tapi dia langsung tak layan.

Aku ada tanya kat doktor haiwan. Katanya, memang macam tu perangai kucing jantan yang dipelihara + manja —> Memilih untuk mencari pasangan untuk mengawan.

Kekadang, aku cuba kurung si betina dan jantan ini dalam satu sangkar. Hurmmm, langsung tak menjadi. Sabar je lah dik.

HIROKI SI JANTAN MEMILIH

image

Hairan sebenarnya dengan citarasa Si Jantan Hiroki ini. Dia memilih pasangan. Kat rumah, ada 4 ekor kucing betina yang on heat. Dia pilih Mia dan Orange J jer. Kucing betina lain dia tak layan.
image

Kesian Soxie dan Cici. Hiroki langsung tak berselera untuk ‘main’ dengan diorang. 1st time dapat tahu kucing jantan pun memilih pasangan.

Eh, macam mana nak buat business mating nie.

CICI BERAK CAIR

image

Seperti yang telah dijangka, mesti cici akan jadi kurang sihat sebaik sahaja balik dari mating 🙂 Kucing baka dia ini memang lemah kot. I think so.

Hari ini dia berak cair. Habis satu rumah berbau najis dia hahaha. Pastu, anak anak dia dok menderam each other. Maybe cz bau jantan pada bulu bulu cici tak hilang sepenuhnya lagi kot. That why aku mandikan Cici untuk kali kedua.
Continue reading CICI BERAK CAIR