Perlukah – Cara Double Cleansing Yang Betul

Perlu ke kita buat ‘Double Cleansing’?

DOUBLE CLEANSING – membersihkan kulit muka sebanyak 2 kali. Katanya, double cleansing boleh membantu menambah baik kulit muka kerana ia berfungsi membersihkan sisa kotoran secara keseluruhan / lebih sempurna. Penggunaan sunscreen adalah antara salah satu punca utama kenapa perlunya rutin ‘double cleansing’ ini. Ia bagi memastikan sisa dari sunscreen dapat dibersihkan dengan baik. Pada akhirnya, ia bagi mengelakkan pori-pori tersumbat yang menjadi punca jerawat / masalah kulit yang lain.

Selalunya, penggunaan double cleansing dilakukan pada waktu malam atau lewat petang (balik dari kerja). Sudah pasti, ia bertujuan untuk menanggalkan make up / sunscreen / sisa kotoran pada kulit.

Baca: Watson Water 360 Hydrating Mask Review

Fasa 1 Double Cleansing: Membersihkan muka dengan menggunakan cleansing oil atau cleansing cream atau cleansing milk atau micellar water makeup remover. Pilih mana yang berkenan di hati dan bersesuaian dengan jenis kulit. Cara penggunaannya adalah mengikut seperti apa yang tertera pada bekas cleasing tersebut.

Fasa 2 Double Cleansing: Facial wash atau sabun muka. Berdua lebih baik. Cuci dua kali dikatakan lebih bersih berbanding hanya melakukan sekali cucian. Yang penting produk dan bahan ‘double celansing’ yang digunakan sesuai dengan kulit muka. Facial wash ini dapat membantu membersihkan pori-pori muka dengan berkesan secara keseluruhan.

Baca: Latest News: Salak Tinggi Parking Rate

Facial wash dan cleansing (oil/cream/milk etc) = double cleansing.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan fungsi tersendiri.


double cleansing untuk kulit berjerawat, double cleansing yang bagus, cara penggunaan cleansing oil, double cleansing for oily skin, double cleansing method, jenis cleanser, beza cleansing oil dan cleansing milk,