MEMBELI BELAH DI JOHOR PREMIUM OUTLET

image

Lama betul aku nak update cerita di Johor Premium Outlet (JPO) ini kan? Syukurlah pada hari ini aku ada kesempatan masa + kerajinan yang melampau untuk mengupdate blog :).

Aku pergi ke Johor Premium Outlet ini pada minggu lepas. Kiranya datang semata-mata untuk mendapatkan diskaun sempena krismas macam tu huhu. Tak banyak sangat info yang aku perolehi mengenai JPO ini. So, main terjah via google maps dan wase sahaja lah.

image

Bayaran parking disini ialah RM3 per entry. Parking lot nya pun agak luas. Jadi, tak perlu bersesak-sesak sangat nak cari parking hahahaha. Eh, tapi tak tahu lah pula macam mana keadaannya time waktu cuti. Aku pergi time orang bekerja hahaha.

Sebelum pergi, kawan ada ajar cara nak dapatkan kupon diskaun tambahan di Johor Premium Outlet (JPO) ini. Hanya pergi print sahaja keratan itu dan serahkan di kaunter pertanyaan/informasi. Agak banyak juga outlet yang menyertai program ‘diskaun tambahan’ ini. So, kalau ada kupon ini bolehlah mintak diskaun tambahan. Tak banyak pun, antara 5 to 15 peratus kalau tak silap hahahaha.

image

Pertama kali pergi ke bangunan / kawasan yang penuh dengan outlet-outlet bagai ini. Datang dengan tiada perasaan cz tak boleh lagi nak imagine macam mana Johor Premium Outlet ini.

Ada outlet yang betul-betul bagi harga runtuh, dan ada outlet yang rasa macam tak banyak beza je harga yang ditawarkan dengan harga asal hihi. If let say ada outlet yang bagi tawaran harga murah / brand popular, kat situlah pengunjung akan beratur panjang depan pintu premis. Aku pun, terikut sama beratur cz nak tengok apa yang murahnya hahaha.

image

Penat jalan-jalan dok perabis duit, lepak makan sebentar di Food Court yang disediakan. Makan ayam penyet dan lele je. Aku rasa, ini yang paling murah dan cepat dapat hahaha. Kat sini pun ada disediakan kemudahan surau. Not bad dan agak selesa juga kondisinya.

image

 

Dalam pada masa nak balik tu, aku terbeli cermin mata pula. So, kene tunggu setengah jam untuk siap pasang lensa pada bingkai cermin mata aku huhu. Im not sure samaada harganya lebih murah daripada tempat lain atau lebih kurang sama sahaja. Kene double check nanti.

Tu yang melepak sebentar di Starbuck jap. Sabar je lah.

image

 

Kitorang menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di Johor Premium Outlet. Yeah, diakui harga yang ditawarkan agak murah ( untuk sesetengah brand). Nama pun outlet kan? So, memang fasyen / design yang dijual agak lama. Tapi bagi aku not bad juga kalau nak beli. Nak mengharapkan beli yang ‘up to date’, sampai bila-bila tak mampu beli. Kalu mampu pun, beli yang tidak original hihi (kot).

image

Apa yang dibeli? Baju kemeja dan tali tai jenama G2000 – harganya RM29 setiap satu. Harga asal ialah sekitar RM120 macam tu. Kemudian, dapat lagi diskaun tambahan 10% dan 5% hahaha.

Kat Polo Ralph Lauren pun sama gak. Harga yang ditawarkan memang berbaloi untuk dibeli. Ambil 1 baju lengan panjang, 1 seluar panjang dan 2 seluar pendek. Diskaun sehingga 50-70% camtu kalau tak silap. Kemudian, dapat lagi diskaun tambahan 10% dan 5% hihi. Bayangkan, seluar yang berharga RM300 lebih boleh jadi RM78 /RM111. Murah dan mampu milik lah tu kan? Lagipun ini seluar original.

image

 

Beli beg jenama Charles & Keith  untuk mak bah. Katanya nak letak telekung. Harga asal RM300 lebih. Harga yang ditawarkan RM160 camtu. Aku suka design, material dan warnanya. 

Cermin mata aku plak kononnya bingkai K-Swiss ini berharga RM298 camtu (harga asal). Harga diskaun yang ditawarkan ialah RM88 sahaja. Tak tahu betul atau tidak haha.

Emm, tambah tolak tambah tolak, agak murah juga barangan kat disini. Jika pada hari itu jumlah belian ialah RM1000, boleh jadi harga jualan asalnya mencecah RM3000 – RM5000 (jika dibeli ditempat lain).