ANAK KUCING BERNAMA OTTET

image

Namanya Ottet, anak Cici Esmidar Gonzales batch kedua yang dilahirkan pada 28 Ogos 2013 yang lalu. Aku sendiri tak tahu kenapa dipanggil Ottet cz dalam buku perubatan dia, namanya Rocky hahaha.

Kira kira 2 bulan lagi, dia akan dihantar ke Banda Hilir, Melaka. Bakal menjadi peneman Mak Bah dan Bilal Zim sebelum mereka berpindah sebentar ke Ireland hihi. Genap usianya 6 bulan nanti, bawa balik Putrajaya kejap untuk dimandulkan.

Harapnya, dia berkelakuan baik + duduk dalam rumah sahaja. Kucing macam ini, tak boleh dibiarkan berkeliaran semberono diluar. Karang, ada yang hangkut jadi hak milik. Sabar je lah.