TERPAKSA JUAL ANAK KUCING

Aku terpaksa bersetuju + mengambil keputusan untuk menjual (melepaskan) salah satu kucing kesayangan aku —> Socky. Keputusan diambil atas beberapa faktor. Antara faktor utamanya ialah kekangan masa untuk menjaga bilangan kucing yang banyak. Pada masa yang sama, aku concern akan keadaan dia yang tidak ‘disukai’ oleh si Jantan Hiroki. Banyak kali on heat, tapi langsung tak ‘disentuh’ oleh Hiroki. Tension plak aku dibuatnya.

Nak mandulkan, tapi kesian dan sayang plak cz baka cantik. Pada masa yang sama, tak boleh biarkan dia on heat sokmo tanpa melakukan sebarang hubungan sex. Kalau dibiarkan je, nanti dia sakit + stress. So, better diserahkan (dijual) kepada kenalan terdekat.

Socky diserahkan (dijual) pada harga RM250 sahaja. Nak bagi percuma, tapi rasa macam tak syok. Selalunya benda yang percuma ini orang kurang hargai. Nak bagi harga mahal pun tak syok juga cz aku tidak anggap urusan ini sebagai jual beli.

Gambar diatas diambil pada malam terakhir sebelum Socky berpindah milik. So sweet. Tuan barunya tinggal di Batu Pahat Johor 🙂 Semoga dia berbahagia + seronok tinggal bersama keluarga baru. Lovely family katanya u ollzzz. Pengsan.

SELAMAT TINGGAL TOTTET

image

Selamat tinggal Tottet. Semoga kamu berbahagia bersama tuan baru di Fraser Hill Pahang. Untunglah kau Tottet cz dapat tinggal di tempat sejuk sokmo ahaks. Tuan barunya msg dan buat status yang ‘mendamaikan’. Tottet jumpa dengan pemelihara yang sayang akan kucing juga.

Pembeli seperti ini yang aku mahukan. Tak kisah jual lebih murah berbanding harga pasaran. As long as dia sayang akan kucing dan pandai jaga.

Syukur cz kesemua 3 ekor anak kucing berjaya ‘bertukar milik’. Kesemua hidup bahagia bersama pemilik baru. 🙂

MUFFIN BAHAGIA DENGAN KELUARGA BARU

image

image

Ingat lagi dengan anak kucing yang dinamakan Rokiah? Baru-baru ini ada msg pembeli anak kucing aku tu. Dia rename anak kucing itu kepada Muffin pulak hihi. So sweet.
image

Nampak macam bahagia je dia dengan keluarga baru itu kan? Harga jualan bukan menjadi ukuran. Yang penting, kita kene make sure pembeli itu sayang kat kucing.

Alhamdulillah, memang tak salah pilih pembeli.