TIMBANG KILO

Aku tidak pernah ambil tahu dari mana bahan bahan mentah dibeli – kalau buat kenduri. Selalunya mak aku akan pergi dengan pakcik aku. Lucky kali ini aku ter-ikut diorang pergi beli barang2 yang ‘terlupa’ nak beli.

Oh…rupanya ada kedai yang beli secara kilo – lebih murah + lebih banyak pilihan. Yang aku tahu, kat Penang style diorang macam ini. Pelbagai jenis rempah ratus dijual dalam kilo. Aku? Beli je dalam pek yang siap2 bungkus hahaha.

Banyak juga rempah ratus + tepung yang aku sendiri tak pernah tahu pun kewujudannya selama ini. Ini sudah bagus.

Suatu pengalaman yang amat amat berharga

 

 

LEMPENG

image

Breakfast apa paling simple dan cepat untuk disediakan – selain drpd bijirin? Of cz lempeng hahaha. Aku masak 3 keping lempeng + kari + ayam goreng hanya dalam masa kurang 30 minit. Siap boleh kemas dapur + basuh pinggan lagi kah kah kah Aku ada gak beli lempeng / roti canai / pratha segera atau yg seumpamanya as stok untuk masa2 gawat / malas nak masak. But for sure rasanya tak sama macam lempeng yang dibuat sendiri. OMG Boleh cicah dengan masakan kari or sambal super pedas atau ikan masin atau apa apa tumisan. Tapi aku paling suka kari huhu. My fav utk apa jua jenis masakan. . . . Berjimat dengan cara masak sendiri dirumah. . . . .