Giler atau tak? Tanpa dirancang, boleh plak aku bersetuju untuk bercuti cuti di Langkawi pada hujung bulan ini. OMG. Apa ke maknanya tu.
Ini semua gara gara MAS buat promosi potongan harga sehingga 50% aritu. Not sure, still go on atau tidak promosi tu. Yang penting aku dapat tiket pergi balik untuk Langkawi RM150 (total). Bayangkan, harga tiket untuk pergi balik ke Langkawi cuma RM17 x 2 sahaja. Murah lah tu kan? Hahaha.
Lepas beli, aku rasa menyesal plak. Mana aku nak cekau duit untuk kos penginapan, jimba jimba, makan makan, pengangkutan bagai? Pengsan.