Kedai Barangan Keperluan Kucing Murah

Korang beli barangan keperluan kucing dimana? Jenis yang suka belian secara sedikit atau beli banyak terus?

Aku sekarang ini beli 7 + 2 ekor kucing. Jadinya, haruslah membeli pada kuantiti yang banyak. Di kawasan sekitar Bangi – Kajang – Putrajaya nie banyak je kedai menjual barangan keperluan kucing. Lebih-lebih lagi Bandar Baru Bangi. Memang banyak sangat kedai menjual barangan keperluan haiwan peliharaan khususnya kucing.

Aku pun salah seorang pembeli setia diorang. Idoklah setia mana. Kalau terdesak sangat, aku pergi belilah. Tapi, kalau nak memborong barangan dalam kuantiti yang banyak memang akan pergi ke Melaka.

Gigih sangat sokmo ke Melaka. Sambil makan makanan laut dan Roti Naan Cheese, boleh lah memborong barangan keperluan kucing.

North South East West Aquarium nama kedainya. Nama je ‘aquarium’, tapi tengok barangan jualan memang lebih kepada barangan keperluan kucing. Agaknya permintaan pembeli lebih kepada kucing kot berbanding ikan.

Senang je nak pergi sini. Zaman sekarang nie, dengan adanya Google Maps memang senang. Kedainya susah nak masuk parking sebab bersebelahan dengan jalan utama.

Diorang claim kedai diorang ni menjual makanan kucing termurah di Melaka. Benak fikiran aku, termurah di Malaysia kot haha. Sebab aku sudah ke hulu hilir pergi kedai barangan keperluan kucing. Dapatannya ialah, harga yang diorang jual sangat murah hokey.

Contohnya Dormeo’s ni kalau kat Lembah Klang, harga paling murah yang aku dapat ialah RM114. Tapi kat Melaka aku dapat RM98 sahaja. Harga runcit yang disarankan ialah RM135 kalau tak silap aku (untuk 10kg). Haruslah aku beli dua terus.

Sebelum ini pun harga Royal Canin lat sini tersangat murah. Memang purata habis ratusan ringgit dan kekadang cecah ribu juga lah. Tapi oleh kerana aku nak jimat, tukar jenama makanan terus.

Harga pasir kat sini pun not bad. Sangat kompetitif. Layanan pekedai pun bagus. Mesra pelanggan. Tengok gaya macam pemilik je. Tidak kekok membeli disini.

Emmm, sebelum ini ada juga pembantu kedai yang agak kasar tingkah laku. Tapi macam sudah tak ada. Sabar je lah.

SENARAI KEDAI MENJUAL BARANGAN KEPERLUAN KUCING

tumblr_msnj3g37R61sv1wp3o2_1280

Terpanggil untuk menyenaraikan kedai haiwan peliharaan (petshop / pet store) yang menjual barangan keperluan / aksesori / makanan haiwan peliharaan (khasnya kucing). Sebagai salah seorang yang memelihara haiwan kesayangan (kucing), kita kene pandai cari kedai yang menawarkan harga yang terbaik / paling murah berbanding yang lain.

Ini perniagaan bermodelkan business trading. Jadi, nak taknak penjual kene pandai bermain harga dan buat promosi yang strategik + pembeli kene pandai memilih kedai yang menawarkan harga paling rendah / berpatutan.

Disini aku senaraikan kedai yang menjual barangan keperluan / aksesori / makanan haiwan peliharaan (khasnya kucing) untuk rujukan bersama.

  1. https://www.facebook.com/CikuKiwiTCE
  2. https://www.facebook.com/Sookies.Store
  3. https://www.facebook.com/IzzyPets
  4. https://www.facebook.com/Saujanapetcentre
  5. https://www.facebook.com/pages/Pets-Heaven-Store/392124524219225
  6. http://airwalk-kucing4sale.blogspot.com
  7. https://www.facebook.com/Dewipetshop
  8. http://noracatz.blogspot.com/
  9. http://mesrapetshop.blogspot.com/
  10. http://www.petloverscentre.com.my/
  11. http://www.petswonderland.com.my/

* Senarai akan dikemaskini setiap masa. InShaAllah

* Senarai ini hanya mencakupi kedai yang ada blog / facebook fanpage sahaja.

* Problem jugak kalau ada blog / fanpage yang tak update nie. Diorang tak nak duit ke? hahaha

* Lebih fokus kepada kawasan sekitar Lembah Klang