Kedai Kucing DD Bangi Petshop

Bagi penduduk sekitar Putrajaya, Bangi, Sepang dan yang seangkatan dengannya amatlah bertuah sebab tersangat banyak bilangan kedai menjual produk berkaitan haiwan peliharaan khususnya kucing. Lebih beruntung sebab banyak juga yang menyediakan perkhidmatan grooming dan boarding. Itu belum termasuk kawasan Lembah Klang yang lain. Memang banyak tak terkira.

Sebagai seorang pembela 7 + 2 ekor kucing, semestinya aku akan menyinggah setiap kedai kucing yang ada di sekitar. Saja menyinggah sebab nak tengok harga, produk jualan dan servis yang ditawarkan. Kita raikan kepelbagaian sebab akhirnya ia menguntungkan pengguna.

Salah satu kedai haiwan peliharaan yang popular di Bangi ialah DD Bangi Petshop. Saiz kedainya besar meliputi 2 lot kedai bawah untuk jualan barangan keperluan / grooming dan 1 lot atas untuk servis boarding. Sangat selesa tatkala menjengah masuk ke dalam kedai kucing ini. Konsep butik hotel yang bersih, kemas dan teratur.

DD Bangi Petshop ini lebih kepada penawaran servis kucing. Walaubagaimanapun, mereka juga ada menjual makanan untuk arnab, ikan dan hamster. Servis grooming disini nampak hebat sebab kita boleh tengok sendiri proses meng grooming si comel kita.

Baca: Grooming Kucing Terbaik Bangi

 

Diorang buka setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 7.30 malam. Boleh hubungi nombor tertera dibawah untuk sebarang pertanyaan.

 

Grooming Kucing Terbaik di Bangi

Sekali sekala, sebagai pemilik kucing kita mesti akan hantar si comel kita pergi grooming. Betul tak?

Nie, aku nak perkenalkan salah satu kedai kucing yang buat servis grooming untuk si comel kucing – DD Bangi Petshop Emmm, kalau tak silap, diorang pun terima untuk servis grooming arnab.

Konsep servis grooming kat sini ialah transparent. Jadi, kita yang duduk kat luar ini boleh nampak proses grooming yang mereka lakukan. Itu pun kalau nak tengoklah hihi. Kalau tak nak, boleh je tinggal kat kedai. Nanti dah siap, boleh suruh diorang call dan pemilik pun boleh bawa pulang si comel yang dah wangi gebu tu huhu.

Harga yang dikenakan untuk servis grooming kat sini sangat berpatutan. Hanya sekitar RM30 hingga RM75. Harga pula ditentukan oleh saiz kucing dan lebat bulu kucing itu sendiri.

Sangat kemas dan nampak mewah. Macam tak percaya je harga yang dikenakan. Murah dan ekonomi sangat. Insyaallah servis tiptop la juga tu.

Boleh Like Facebook rasmi DD Bangi Petshop ini. Ajukan je pertanyaan kepada diorang untuk buat temujanji.

Macam mana nak pergi? Google Maps atau Waze je. Buat carian ‘DD BANGI PETSHOP’. Insyaallah sampai huhu.

SUSU UNTUK KUCING PALING MURAH

image

Kedai kucing bangi – Pets Heaven Store pun ada menjual susu untuk kucing. 400ml pada harga RM5.50. Harga paling murah dipasaran. Normally harga untuk 250ml ialah RM7.50 ( jenama lain ). Sangat beza OK harganya.

Pemilik kedai ini kata, diorang import direct daripada Thailand. Tu yang boleh jual pada harga murah. Jihad menghapuskan orang tengah sangat hahahahaha.

MANGKUK MAKANAN KUCING

image

Di Pets Heaven Store (Kedai Kucing Bangi), diorang pun ada jual pelbagai jenis mangkuk makanan untuk kucing. Emmm, untuk mangkuk makanan ini aku lebih prefer jenis melamin dan seramik sahaja.
image

Average harga ialah RM24 hingga RM45 camtu. Mangkuk jenis seramik dan melamin ini lebih senang nak jaga / dibersihkan / tahan lama berbanding mangkuk jenis plastik. Like a human juga leeeerr.

KEDAI HAIWAN PELIHARAAN DI BANGI

image

Salah satu kedai haiwan peliharaan yang selalu aku kunjungi di Bangi ialah Pets Heaven Store. Aku suka datang ke sini cz persekitarannya bersih, tidak berbau dan selesa.
image

Aku datang sini hanya untuk membeli barangan aksesori / susu / makanan basah sahaja. Kenapa? Diorang tidak menjual jenama Equilibrio.
image

Ada banyak benda yang aku nak ceritakan mengenai barangan yang dijual di Pets Heaven Store ini. Aku akan buat entry berasingan. Banyak dikkkk hahaha.
image

image

Apapun, kita kene sokong syarikat bumiputera. Go go chaiyok. Jom Like Facebook Fanpage Pets Heaven Store