8 KEBAIKAN MINUM AIR SUAM

Aku agak kurang gemar minum air suam. Kalau sakit je aku minum šŸ™‚ Normally, aku akan minum air kosong (sejuk) sahaja diruamh atau air kosong yang telah dicampur dengan Clorofil (KLink) – sejuk jugak. Tapi, since baca info ini, rasanya aku kene amalkan minum air suam gamaknya.

Menguruskan badanĀ 
Berita baik bagi mereka yang sedang diet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

Meningkatkan kesuburanĀ 
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

Melancarkan sistem pencernaanĀ 
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

Melambatkan proses pertumbuhan zat kanserĀ 
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

Perawatan kecantikanĀ 
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

Tubuh lebih segar dan sihatĀ 
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Menyihatkan jantungĀ 
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

Ubat kepada penyakit strokĀ 
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.