ADA APA DENGAN PUTRAJAYA

Family aku akan stay di Putrajaya untuk hampir 1minggu. Aku sendiri tak tahu mahu bawa mereka ke mana. Putrajaya, apa yang menariknya? Aku yang duduk kat sini pun masih lagi tercari cari sesuatu yang boleh buat mereka berkata ‘wow’. Biasalah, orang kampung tak terpegun sangat dengan bangunan +++. Itu family aku r. Orang lain aku tak pasti.

Rasa macam nak bawak mereka ke taman botani atau taman wetland. Tapi, apa yang peliknya tempat ini bagi diorang? Setakat taman taman bunga dan herba ala ala semak samun dan gitu gitu, keliling kampung pun banyak.

Mahu dibawa shopping di Alamanda pun harga barangan disana mahal mahal. Setakat Carefour je la yang boleh. Yang lain2 tu harus difikirkan semula. Tak sesuai sangat untuk kami..

Mahu dibawa keluar makan, apalah sangat kesedapan makanan itu? Harga kurang berbaloi berbanding keenakan makanan yang dihidangkan. Baik masak sendiri. Selera pun ikut tekak sendiri..

Mahu dibawa ronda ronda KL memang susah cz orang tua dan baby. Susah nak atur langkah. KL sesak sangat dengan orang. Seksi sana sini..jem sana sini. Malu aku tengok..

Plan esok tengahari mahu keluar office jap untuk bawa mereka ke Jalan TAR. Harapnya taklah sesak dan ramai orang sangat. Just nice.. Maybe disitu aku boleh jamin mereka terhibur kot dengan baju baju dan pilihan kain yang dijual. Sogo pun not bad juga. Cuma susah sikit akak aku ini. Bawa anak kecil tapi jz kendung je ke hulu hilir. Even bukan aku yang pegang baby tu, aku rasa kesian dan rimas. Berkira sangat dengan cari kereta sorong baby. Survey bagai.. Baby yg letih. Hampeh tul

Lucky..tadi aku bawa mereka ke Mydin Presint 15. So far mereka berpuas hati dengan barangan dan harga yang ada. TG

BALIK KAMPUNG

Jam menunjukkan pukul 12.27pagi dan aku baru sahaja sampai ke rumah keluarga aku di Johor. Rasa yang pelbagai – letih, ngantok, cergas, cekal dan thankfull. Aku gagahi juga 2 hari ini semata mata untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin Izdihar. Pada masa yang sama, aku perlu membawa family aku ke Putrajaya untuk berjalan jalan – Jalan TAR dll. Aku ter-cakap sebenarnya. Perjalanan ini memang tidak dirancang.

Esok pagi, area jam 8.00pagi kami sekeluarga perlu bersiap siap untuk ke Putrajaya. Tapi sebelum itu, aku harap sempat untuk jumpa nenek aku. Bolehlah berpamitan dan hulur beberapa note untuk bekalan / duit poket.

Family aku akan berada di Putrajaya sampai Khamis atau jumaat ini. Semua ini bergantung kepada keadaan office. Kalau mood OK, jadi boleh pergi awal 🙂 Sebenarnya secara kebetulan pula ada majlis rasmi kerajaan di kawasan aku. Senanglah, sampai balik kampung, boleh buat kerja kerja yang berpatutan 🙂 bolehlah tambah mana mana yang kurang.

Plan kalau ada ongkos lebih, aku mahu beli beberapa bungkus kerepek.

Apapun, aku merasa amat kecewa dengan service yang diberikan di RnR Seremban. Tak kiralah fast foodnya mahupun gerai jualan makanannya. Tiap kali aku datang situ, mesti ada je menda alah yang aku tak puas hati. Kerusi meja tak cukuplah.. Q terlalu panjanglah.. Penjual yang nth apa apalah + +. Aku sendiri tak tahu apa masalahnya. Terlalu ramai pengunjung kot. Think positive