MITOS PEMANDULAN HAIWAN KESAYANGAN

KUCING SAYA AKAN MENJADI GEMUK DAN PEMALAS…

  • Kucing anda akan mempunyai metabolisma badan yang rendah sedikit sahaja kerana tidak membazirkan tenaga untuk merayau mencari pasangan.
  • Kucing anda akan gemuk sekiranya pemakanannya tidak dipantau dengan betul

PEMANDULAN ADALAH BUKAN SEMULAJADI…..atau KASIHAN SEBAB TIDAK DAPAT MEMUASKAN NAFSU / NALURI

  • Kucing anda akan lebih merana akibat kecederaan disebabkan bergaduh atau dilanggar kerana terikut nafsu untuk mencari pasangan
  • Selain itu, risiko mendapat barah mamari % ovari meningkat selepas kucing bermula naik miang (on heat) dan tidak boleh dielakkan selepas itu.
  • Pemandulan adalah diharuskan mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada Julai 2002
    “Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah” 

 

PEMANDULAN KUCING JANTAN

Pembuangan buah zakar (Castration)

Kebaikannya :-

  • Mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan untuk kencing merata-rata.
  • Kurang risiko untuk merayau, bergaduh dan dilanggar kereta.
  • Mengelakkan risiko barah buah zakar dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FeLV (Leukemia Kucing)

Umur Sesuai : 6 bulan / 1 Kg keatas

Apa yang perlu dibuat sebelum itu?

  • Pastikan semua suntikan pelalian telah selesai dibuat
  • Puasakan kucing anda 12 jam sebelum hari pembedahan.
  • Jangan sesekali beri makanan dan air kerana risiko masuk ke dalam peparu sekiranya kucing anda termuntah semasa dibius.