Baru sahaja mandikan cici semalam petang. Lama kot tak mandikan dia. . .almost 1 bulan lebih rasanya. Aiyooo. Tapi doktor di Hospital Veterinar Universiti pernah bagitahu kalau kucing tu jarang keluar n duduk rumah je. . . Tak perlu mandi kerap sangat. Bukannya kotor pun.Logik jugak tu huhu
Kenapa perlu mandikan kucing parsi?
Pertamanya, sudah tentu mahu pastikan kucing peliharaan kita itu bersih dan wangi. Pengsan. Kucing aku si cici ini memang akan dimandikan sekurang kurangnya 2minggu hingga 1bulan sekali. Apa yang menariknya, kucing aku kat kampung tu memang tak pernah dimandikan. Hahaha. . Penjagaan baka kampung tidak serumit baka parsi.